Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi mudah iaitu murtabak cracker cheese. Kalau ada biskut kering lebih kat rumah tu dan tak tau nak buat apa, boleh la cuba buat resepi ni. Saya menggunakan ayam cincang dalam resepi ni. Boleh gantikan dengan daging cincang jika suka. Boleh juga letakkan bahan-bahan lain mengikut selera masing-masing. Untuk rasa yang lebih sedap dan berlemak saya tambahkan serbuk keju campuran delimix dalam resepi ni. Hidangan murtabak cracker cheese ni sangat sesuai dijadikan sebagai minum pagi atau petang. Ianya juga sangat mengenyangkan. Resepi ini boleh dijadikan sebagai aktiviti memasak korang bersama anak-anak. Selamat mencuba!
Saya ada sediakan video cara membuat murtabak cracker cheese kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahannya:
- Sedikit Minyak Masak
- 4 biji Bawang Merah
- 2 ulas Bawang Putih
- 3 sudu besar Serbuk Kari
- Sedikit Air
- 400 gm Ayam Cincang
- ½ biji Bawang Holland
- 60 gm Lobak Merah
- Garam (secukupnya)
- 20 gm Daun Bawang
- 20 gm Daun Sup
- 250 ml Susu Cair
- 100 ml Santan
- Biskut Kraker (secukupnya)
- 6 biji Telur
- 100 gm Serbuk Keju Campuran Delimix
- 200 ml Air Panas
- Lada Benggala
- Daun Bawang
- Daun Sup
Cara-cara untuk membuatnya:
- Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk kari, kacau sedikit dan terus masukkan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
- Kemudian, masukkan ayam cincang dan tambahkan sedikit air lagi, kacau dan biarkan ayam separuh masak.
- Masukkan bawang holland Dan lobak merah yang didadu serta perasakan dengan garam secukupnya. Masak sehingga ayam sedikit kering dan masukkan daun bawang dan juga daun sup. Kacau sekejap dan angkat. Ketepikan dahulu.
- Langkah seterusnya, masukkan susu cair dan santan ke dalam mangkuk yang sesuai. Kacau sebati. Celupkan biskut kraker dan susun satu lapisan di dasar bekas atau loyang yang bersaiz 6×6″ yang telah dilapikkan dengan baking paper sehingga penuh.
- Kemudian, masukkan ayam yang telah dimasak tadi dan ratakan sampai menutupi semua permukaan biskut.
- Pukul telur sampai sebati dan tuangkan sedikit diatas ayam dan biskut tadi.
- Ulang semula proses tadi, lapiskan biskut, ayam dan telur sehingga habis kesemuanya.
- Kemudian, campurkan serbuk keju campuran delimix dengan air panas dan kacau hingga sebati. Biarkan selama 2 minit supaya sos menjadi pekat.
- Letakkan sos keju diatas lapisan ayam tadi dan ratakan. Lapiskan sekali lagi dengan biskut kraker sehingga penuh keseluruhan bekas. Curahkan semua lebihan susu dan santan tadi. Hiaskan dengan cili benggala, daun bawang dan daun sup diatasnya.
- Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 30-35 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
- Setelah masak, biarkan sejuk dan boleh dipotong dan sedia untuk dimakan. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo