Lontong Kuah Lodeh (Tips Masak Lebih Sedap)

Assalamualaikum dan hai semua. Kali ni saya nak kongsikan resepi kuah lodeh untuk makan bersama lontong atau nasi impit. Resepi ni selalunya dibuat semasa raya. Tapi sesuai juga untuk dimakan pada hari biasa atau bila-bila masa. Untuk membuat lontong kuah lodeh ni, saya gorengkan dulu tempe dan tauhu supaya kuahnya jadi lebih sedap. Bahan tumisan pula saya tumis dengan menggunakan minyak zaitun untuk lebih sihat. Boleh masukkan pelbagai jenis sayuran di dalam kuah lodeh ni mengikut citarasa masing-masing. Bahan-bahan yang saya gunakan ni boleh dibuat untuk makan lebih kurang 3-4 orang. Selamat mencuba.

Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat lontong kuah lodeh. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan lontong kuah lodeh:

  • 3-4 biji Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • ½ inci Kunyit
  • 1 sudu besar Udang Kering
  • 300 gm Tempe
  • 100 gm Tauhu
  • Minyak Zaitun Colavita
  • 5-6 ketul Cendawan Shitake
  • 2 cawan Santan Cair
  • ¼ biji Sengkuang
  • 1 batang Lobak Merah
  • 4 batang Kacang Panjang
  • ¼ biji Kobis
  • Fucuk
  • Suhun
  • 1 cawan Santan Pekat
  • Garam secukup rasa
  • 8-10 ekor Udang
  • 1 tangkai Cili Merah Besar

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit dan udang kering sehingga lumat. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak, goreng tempe dan juga tauhu hingga garing. Ketepikan dahulu.
  3. Kemudian, panaskan pula minyak zaitun colavita, masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cendawan shitake dan goreng sehingga layu.
  4. Seterusnya, masukkan santan cair kacau dan tunggu sehingga mendidih. Masukkan sengkuang, lobak merah dan kacang panjang. Bila sayur dah lembut, masukkan pula kobis, fucuk dan juga suhun. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih semula.
  5. Setelah itu, masukkan santan pekat secukupnya untuk kuah. Masukkan garam, udang dan cili besar merah. Kacau lagi sehingga udang masak.
  6. Akhir sekali, masukkan tempe dan tauhu yang digoreng tadi. Kacau sekejap dan boleh tutup api.
  7. Hidangkan kuah lodeh dengan lontong atau nasi impit. Siap! Sedia untuk dimakan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top