Mee Kari Laksa Guna Ikan Ikan Sardin Tin

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat mee kari laksa. Cara untuk membuat mee kari laksa ni lebih kurang seperti membuat laksa biasa tapi ada tambahan serbuk kari untuk memberikan rasa yang lebih sedap. Dalam resepi ni, saya menggunakan sardin dalam tin sebab ianya sangat mudah dan cepat untuk dimasak. Tak perlu nak rebus ikan dan asingkan tulang dan isinya. Tapi kalau rajin, boleh juga gunakan ikan yang direbus sendiri. Mee kari laksa ni sangat sesuai dimakan bersama wantan goreng. Bila nak makan, baru la letakkan wantan goreng untuk mengekalkan kerangupan wantan tu. Sedap tau mee kari laksa ni, siapa yang belum pernah rasa, wajib try resepi ni! Selamat mencuba.

Sebelum korang cuba buat resepi mee kari laksa ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan mee kari laksa:

  • 3 biji Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu besar Udang Kering
  • 5-6 tangkai Cili Kering
  • ½ inci Lengkuas
  • ½ inci Halia
  • 1 biji Buah Keras
  • Air
  • 230 gm (1 tin sederhana) Sardin
  • Minyak Masak
  • 1 batang Serai
  • 1 sudu besar Serbuk Kari
  • Air (secukupnya)
  • 2 keping Asam Keping
  • 7-8 ekor Udang
  • 1 batang Kek Ikan
  • Air (secukupnya)
  • 3 tangkai Daun Kesum
  • 1 batang Bunga Kantan
  • 6-7 biji Tauhu Kering
  • ½ cawan Santan Pekat
  • Garam (secukup rasa)
  • Wantan Ayam Goreng
  • Taugeh
  • Kacang Panjang
  • Cili merah

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, udang kering, cili kering, lengkuas, halia dan buah keras sehingga halus. Ketepikan dahulu.
  2. Kisar sardin dengan kuahnya sehingga halus (jika suka kasar boleh kisar kasar).
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar yang mula-mula tadi sehingga naik bau. Masukkan serai, serbuk kari dan air. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan sardin yang dikisar tadi serta sedikit air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  5. Seterusnya, masukkan asam keping, udang, kek ikan dan juga air secukupnya untuk kuah. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih semula. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan tauhu kering. Kacau rata.
  6. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan garam secukupnya.
  7. Goreng wantan ayam sehingga keperangan. Celur taugeh dan kacang panjang.
  8. Hidangkan mee laksa bersama kuah, wantan ayam goreng, taugeh, kacang panjang, telur rebus dan cili merah potong. Siap! Sedia untuk dimakan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top