Assalamualaikum. Hi semua. Kebiasaannya setiap kali raya mesti kita buat rendang ayam dan dagingkan? Jadi, pada perkongsian kali ini saya nak buat rendang udang sebagai kelainan untuk menu hari raya atau boleh makan pada bila-bila masa yang korang suka. Rasanya sangat sedap dan masa untuk memasaknya pun lebih singkat berbanding ayam atau daging kerana udang lebih cepat masak. Korang boleh gunakan pelbagai jenis udang yang korang suka. Rendang udang ni sesuai dimakan bersama lemang, ketupat, nasi putih, nasi impit dan lain-lain lagi. Selamat mencuba.
Sebelum korang cuba buat resepi rendang udang ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan untuk rendang udang:
- 400 gram udang
- 3 sudu besar kerisik
- 1/2 sudu besar Knorr Pasti Sedap
- 1 sudu besar gula melaka/gula kabung
- 6 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit
- 1 cawan santan (250ml)
Bahan kisar:
- 1 labu bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 tangkai serai
- 2 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 7-10 tangkai cili kering
Cara-cara untuk membuatnya:
- Bersihkan udang. Ketepikan dahulu.
- Kisar semua bahan kisar dengan sedikit air dan minyak masak sehingga halus.
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
- Masukkan gula melaka atau gula kabung. Kacau dan tumis lagi sehingga garing dan bertukar warna menjadi sedikit gelap. Kemudian masukkan udang dan kacau lagi sehingga udang separuh masak.
- Seterusnya, masukkan Knorr Pasti Sedap, hirisan daun kunyit, hirisan daun limau purut dan juga santan. Kacau dan tunggu sehingga santan mendidih.
- Akhir sekali, masukkan kerisik dan masak lagi sekejap sehingga rendang menjadi pekat dan sedikit kering. Matikan api dan angkat. Sedia untuk dimakan. Siap!
Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo