Nasi Impit Goreng Tomyam Lain Dari Yang Lain


Assalamualaikum dan hai semua.  Semasa musim perayaan ni, mesti banyak hidangan nasi impit atau ketupat di rumah masing-masing. Kebiasaannya nasi impit atau ketupat dimakan bersama kuah kacang atau rendang. Kali ini saya nak kongsikan pula cara untuk membuat nasi impit goreng tomyam untuk mengubah selera bila masih ada banyak lagi nasi impit yang tak habis kat rumah. Bila kita pelbagaikan menu macam ni, baru la berselera sikit nak makankan. Untuk resepi nasi impit tomyam ni korang boleh letak apa-apa bahan atau lauk lain yang korang suka selain bahan wajib iaitu kiub pati tomyam knorr. Boleh tambahkan sayur-sayuran lain mengikut citarasa sendiri. Memang sedap sekali sekala dapat makan nasi impit goreng tomyam macam nikan. Selamat mencuba.

Sebelum korang cuba buat resepi nasi impit goreng tomyam ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk nasi impit tomyam:

  • Minyak Masak
  • 3-4 biji Bawang Merah (tumbuk)
  • 3 ulas Bawang Putih (tumbuk)
  • 1 sudu besar Cili Kering Kisar
  • 1 tangkai Serai
  • 4-5 biji Cili Padi
  • 1 Kiub Pati Tomyam Knorr
  • Sedikit Air
  • 50 gm Ayam
  • Bunga Kobis
  • Brokoli
  • Lobak Merah
  • Daun Limau Purut
  • 3 ekor Sotong
  • 4 ekor Udang
  • 450 gm (6 ketul kecil) Nasi Impit
  • Tomato

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering kisar sehingga naik bau. Masukkan serai dan cil padi. Kacau dan tumiskan lagi sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan kiub pati tomyam knorr dan sedikit air. Kacau lagi sampai semuanya sebati. Masukkan ayam kacau sampai separuh masak. Masukkan pula bunga kobis, brokoli, lobak merah dan daun limau purut. Kacau rata sehingga sayur separuh masak.
  3. Seterusnya, masukkan udang dan sotong, kacau sehingga masak. Masukkan nasi impit dan kacau lagi sampai sebati dan agak kering.
  4. Akhir sekali, boleh masukkan tomato sebagai hiasan. Kacau sekejap dan boleh angkat. Siap! Sedia untuk dimakan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top