Daging Goreng Madu Lada Hitam Pembuka Selera

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi daging goreng madu lada hitam yang sangat sedap. Resepi ni sangat mudah untuk disediakan. Untuk resepi ni, kalau boleh gunakan daging yang cepat empuk dan lembut seperti daging batang pinang kerana nak masak daging ni sekejap sahaja. Kalau gunakan daging biasa, boleh rebus dahulu daging tu sehingga empuk, cuma mungkin rasa daging akan sedikit berbeza kerana air daging dah keluar waktu merebus daging. Sukatan bahan-bahan untuk resepi ni boleh diubah mengikut selera dan citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

Sebelum korang cuba buat resepi daging goreng madu lada hitam ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • 2 sudu besar Kicap Lemak Masin Jalen
  • 3 sudu besar Sos Lada Hitam Jalen
  • 2 sudu besar Sos Tiram Jalen
  • 3 sudu besar Madu
  • 50 ml Air
  • Minyak Masak
  • 3 ulas Bawang Putih
  • ½ biji Bawang Holland
  • 300 gm Daging (dihiris nipis)
  • Lada Benggala
  • Daun Bawang

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula sediakan sos dahulu. Masukkan kicap masin, sos lada hitam, sos tiram, madu, air dan kiub pati ayam ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga agak layu dan naik bau.
  3. Kemudian, masukkan daging dan goreng sehingga air daging kering. Angkat dahulu.
  4. Gunakan kuali yang sama, masukkan sos tadi dan masak sehingga sos mendidih dan agak pekat. Selepas itu, masukkan daging yang digoreng tadi. Kacau sehingga semua sos menyaluti dan meresap pada daging.
  5. Akhir sekali, masukkan lada benggala dan daun bawang. Kacau sekejap, boleh tutup api dan angkat. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top