Cheesekut Coklat Tanpa Bakar Tanpa Kukus

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat salah satu lagi pencuci mulut atau dessert yang mudah dan sedap tanpa menggunakan oven atau pengukus iaitu cheesekut coklat. Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi cheesekut biasa. Tapi kali ni saya buat versi coklat pula. Cara buat cheesekut ni sangat-sangat senang dan bahan-bahannya pon tak banyak dan mudah untuk didapati. Dalam video ni saya menggunakan mixer. Kalau korang tak ada mixer, boleh juga gunakan blender. Selamat mencuba!

Sebelum korang cuba buat resepi cheesekut coklat ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • 100 gm Coklat Susu
  • 100 gm Coklat Gelap
  • 250 gm Krim Keju
  • ? cawan Susu Pekat Manis
  • ½ cawan Krim Putar Tenusu (Pembetulan)
  • Susu Segar
  • Biskut Krim Kraker a.k.a Biskut Kering
  • Nestum
  • Nutella (hiasan)

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cairkan coklat susu dan coklat gelap menggunakan kaedah double boiler. Ketepikan dahulu.
  2. Masukkan krim keju ke dalam mangkuk dan tambahkan susu pekat manis. Pukul sehingga lembut dan sebati. Kemudian masukkan pula krim putar tenusu dan pukul sehingga sebati dan gebu. Masukkan coklat yang telah dicairkan tadi dan pukul lagi sampai sebati.
  3. Seterusnya, celupkan biskut krim kraker ke dalam susu segar dan susun di dasar acuan atau bekas yang sesuai sehingga penuh. Letakkan satu lapisan adunan krim keju tadi di atas biskut dan taburkan dengan nestum di atasnya. Ulangi langkah yang sama sampai semua bahan-bahan tadi habis.
  4. Akhir sekali, drizzlekan dengan nutella di atasnya dan simpan dalam peti ais sehingga betul-betul keras. Bila dah keras sedia untuk di makan. Siap!

Tips:

  • Gunakan biskut yang agak keras seperti biskut kraker supaya cheesekut tak terlalu lembik semasa dicelup di dalam susu.
  • Pastikan cheesekut berada dalam keadaan sejuk supaya lebih sedap untuk dimakan.
  • Nestum boleh digantikan dengan serbuk koko, milo, coklat urai, oreo, biscoff atau sebagainya mengikut citarasa masing-masing.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top