Assalamualaikum. Congo bars ni adalah salah satu resepi yang diminta oleh seorang follower Buat Orang Lapo di Facebook. Cadangan yang best sebab congo bars ni senang je nak buat. Lagi pun semua bahan dah ada kat rumah. So boleh la buat. Hehe. Sebenarnya saya tak pernah pun makan congo bars ni. Ni kali pertama saya cuba dan terus la jatuh cinta dengan rasa congo bars ni. Sedap sangat. Rasa dia macam brownies jugak. Bawah dia chewy dan permukaan atas tu pulak crunchy sikit. Lebih kurang macam kombinasi kek dan biskut. Anak-anak saya pun suka. Sampai tak cukup pulak 1 adunan ni. Haha.
Apa yang paling best pasal congo bars ni adalah sangat senang nak buatnya. Kalau tak percaya boleh tengok video kat bawah. Nampak tangan laki yang buat tu tangan suami saya. Haha. Dia tak pandai masak sangat pun tapi pertama kali dia buat congo bars ni terus menjadi dan sedap. So yang tak berapa pandai masak pun boleh buat congo bars ni. Nampak tak betapa senangnya nak buat congo bars ni kan? Jom la try dan rasa kesedapannya.. Boleh tengok video tutorial kat bawah ni ok.. ??
Bahan-bahan untuk Congo Bars:
- 150 gram mentega (2/3 cawan) *suhu bilik
- 230 gram gula perang (1 1/4 cawan)
- 3 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
- 300 gram tepung naik sendiri (2 1/2 cawan)
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 cawan coklat cip
Cara-cara :
- Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati. (boleh guna mixer @ whisk)
- Masukkan telur satu per satu.
- Tambahkan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
- Ayakkan tepung bersama garam. Masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau lagi.
- Masukkan pula coklat cip. Gaul rata.
- Ratakan adunan ke dalam loyang. Taburkan coklat cip di atasnya sebagai hiasan.
- Bakar selama 35-40 minit pada suhu 175°c atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. (pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu)
Nota:
- Lagi besar loyang lagi bagus untuk dapatkan congo bars yang nipis.
- Boleh tambah kekacang ke dalam adunan dan sebagai hiasan.
- Jika guna tepung gandum, tambahkan 2 sudu kecil baking powder.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.