Cheese Cake menggunakan Rice Cooker

Assalamualaikum. Resepi cheesecake menggunakan rice cooker yang saya nak kongsikan kali ni sangat mudah, lembut dan gebu. Yang paling best resepi ni tidak menggunakan oven. Sangat sesuai untuk sesiapa yang tidak mempunyai oven. Boleh masak kek yang sedap ni dengan hanya menggunakan rice cooker. Saya sendiri pun baru pertama kali cuba memasak kek dengan menggunakan rice cooker ni. Alhamdulillah kek ni menjadi dengan sangat cantik. Terasa kegebuannya dan juga sangat moist.

Kenapa saya menggunakan rice cooker untuk membuat kek? Sebab ramai follower yang minta cara lain untuk membuat kek selain cara bakar kerana tidak mempunyai oven. Ada sesetengah kek boleh dikukus, ada yang tak boleh. Jadi saya cuba pula masak kek dengan rice cooker kerana kebanyakkan daripada kita mempunyai rice cooker elektrik untuk memasak nasi dengan mudah. Macam tu juga dengan kek ni. Rasanya lebih mudah membuat kek dengan menggunakan rice cooker. Jika cara mengadunnya betul, kek akan menjadi cantik, gebu dan sedap. Untuk tahu dengan lebih jelas cara-cara nak buat cheese cake ni, boleh tengok video kat bawah ni.

Bahan-bahan untuk Cheesecake Menggunakan Rice Cooker

Bahan A :

  • 100 gm gula
  • 4 biji kuning telur
  • 200 gm yogurt asli
  • 40 gm mentega
  • 400 gm krim keju (cream cheese)
  • 100 gm tepung gandum (diayak)

Bahan B :

  • 4 biji putih telur
  • 100 gm gula

Cara-cara :

  1. Pukul ke semua bahan A kecuali tepung sehingga sebati dan gebu.
  2. Masukkan tepung yang telah di ayak ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan whisk atau spatula sehingga sebati.
  3. Di dalam bekas lain, pukul putih telur dan gula sehingga kental dan kaku (meringue).
  4. Ambil 1/3 adunan putih telur tadi dan kaup balikkan ke dalam bahan A. Ulang langkah ini sehingga meringue habis.
  5. Masukkan adunan ke dalam rice cooker. Masak lebih kurang 1 jam atau sehingga masak.
  6. Terbalikkan kek dengan segera setelah masak supaya kek tidak mendap.

cheesecake menggunakan rice cookercheesecake menggunakan rice cookercheesecake menggunakan rice cookercheesecake menggunakan rice cooker

 


 

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top