Badoque Ribs – Review

Assalamualaikum semua,

Firstly ni post pertama aku. Sebelum ni aku just tolong bini aku edit2 gambar masakan utk dia je. So kali ni rasa terpanggil plak nak buat artikel sendiri. Semasa post ni ditulis aku sedang merantau kat negara orang (singapore je) dan masalah utama yg aku ade kat sini setiap kali ialah nak carik kedai makan yg halal. Maklumlah kat singapore ni memang susah nak carik kedai yg halal. Carik punye carik maka terjumpalah aku ngan satu kedai makan ni yg serve western dan yg paling penting sekali HALAL. Siap ade logo halal lagi tu kedai dia. So memang xde rasa was2 dah makan kat sini. Nama kedai tu Badoque Cafe yg terletak di area Bedok. Badoque Cafe di Bedok (Aku dah cek typo aku ni dan sememangnya bukan typo). Scroll kat bawah2 skit aku ade letak map location dia.

Kat sini aku nak citer pasal satu menu dia yg aku rasa memang terbaek lah. Portion dia memang banyak gile, siap pelayan dia bagitau awal2 lagi yg portion dia ni memang banyak dan selalunya customer dia memang takkan habis makan, kene tapau bawak balik. Menu yg aku cakap tu nama dia Badoque Ribs (Tender beef ribs glazed in our homemade BBQ sauce) ha tu penerangan menu dia lah. aku copy paste je dari menu dia. Harga dia dalam $36 (Singapore Dollar) kalau convert ke RM dalam RM108.75 (ikut current rate. google je la). Bapak mahal gile, nasib baik bos aku yg bayar. kalau aku memang tak la nak keluar duit sendiri.
Kalau dah mahal yg kau sebok2 nak rekemen buat ape?
kate hati kecilku ini.
Haha…. Aku saje je rekemen mana tau korang2 yg baca ni jenis yg kaya2 yg tak kisah pun nak belanja lebih. Ok berbalik semula pada menu ni, disarankan kalau nak order menu ni bole kongsi berdua. xyah tamak sangat nak order sorang satu. Confirm tak habis punye nanti. Memula pun aku cam x caya pelayan tu cakap camtu.
Ala banyak mana sangat la sampai takleh nak habis tu.
Bile sampai memang betul pun banyak gile. Aku makan berdua pun tak habis. Rasa dia memang marvelous, daging lembut, sos BBQ sedap. Kalau nak cakap kat sini memang tak dapat nak dibayangkan rasanye, nak tau korang kene cuba sendiri. Ni aku share gambar bagi korang terliur.

IMG_1198

IMG_1199

 

 

Kat area Bedok ni ade banyak gak restoran yg halal. So kepada yg rasa nak cari makanan halal tu memang aku suggest korang utk datang ke area sini. Tempat lain pun ade gak tapi tunggu la nanti kalau aku ade singgah kat mana2 tempat yg halal insyaallah aku buat review lagi. Maklumlah “Mencari yang halal adalah farhu bagi orang islam”. Kalau kita tau tempat yg halal ape salahnye share.

Ni aku share location dia.. pakai google maps pastu navigate je.. pastu kalau korang tau kat mana ade tempat makanan yg halal dan best leh la komen2 kat bawah ni..


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top