Kek Coklat Walnut Moist
Resepi oleh: Siti Fatihah Ahmad Yusof
Assalamualaikum..
Hari ni saya nak share resepi yang adik saya buat. Kek coklat walnut moist ala secret resepi katanye.. sesiapa yang nak makan kek secret resepi tu boleh buat sendiri je guna resepi ni. Kek coklat ni memang sangat moist dan tambah pulak dengan rasa walnut yang sedap. Memang meleleh.. sorang makan confirm abis 3-4 potong kek ni. Hehee..
Ok jom tengok resepinya dulu.. resepi ni guna sukatan cawan. Lebih senang nak buat.
Bahan A:
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan Susu segar
- 1 buku mentega (250g)
- 1/2 cawan Susu pekat manis
Bahan B:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 1/4 cawan tepung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikabornat
Bahan C:
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan kacang walnut. (Di bakar terlebih dahulu – guna oven @ goreng kering dalam kuali)
BAHAN-BAHAN TOPING
- 1/2 bar coklat masakan (500g)
- 2 sudu besar Susu pekat
- 1 sudu besar mentega
- 1/2 cawan Susu segar/susu cair
CARA-CARA:
- masukkan Bahan A dalam kuali. Masak hingga larut. Pastikan api perlahan supaya bahan-bahan masak sekata.
Pastikan semua bahan-bahan yang di masak ni larut sekata. - ayak kesemua Bahan B. Ketepikan.
- pukul telur hingga kembang dalam mesin pemutar. Masukkan esen vanilla.
Ni telur dan esen vanila - masukkan Bahan A yang telah sebati dlm telur. Pukul hingga sebati.
- masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam mesin pemutar. Putar hingga sebati (adunan tidak berketul2).
Masukkan tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit supaya adunan lebih senang sebati. - masukkan kacang walnut dalam adunan. Gaul sedikit.
- sapu loyang dengan marjerin. Panaskan pengukus.
- masukkan adunan ke dalam loyang.
Nak tambah lagi walnut kat atas ni pun boleh. Lagi banyak walnut lagi sedap. - setelah air dalam pengukus mendidih, kukus adunan selama 1 jam. Sejukkan kek yg telah masak dan tuang topping ke atas kek.
Ni kek yang dah siap dikukus
Cara2 membuat topping:
1. Panaskan susu cair/susu segar dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
3. Padamkan api dan masukkan mentega. Kacau lg hingga cair.
Tips:
Guna cawan yang sama jenis/bentuk untuk menyukat ke semua bahan untuk mendapatkan kek yang sedap.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
guna tepung gandum ke?
Ye betul tepung gandum