Kuih Buah Melaka Kukus

Assalamualaikum..

Petang ni tekak terasa nak makan bende manis.. teringat pulak suami dah request kuih buah melaka kukus minggu lepas. Tak sempat lagi nak buat. Selalunya kuih ni mak saya buat masa bulan puasa je. Memang kuih ni paling favourite la untuk family kitorang mase bukak puasa. Lepas dah kahwin, suami saya pulak join minat kuih buah melaka kukus walaupun sebelum ni dia tak pernah makan kuih ni. So saya pn menuntut la ilmu kat mak. Bila dah tau buat sendiri, tak kisah bulan puasa ke tak puasa ke asyik buat je kuih ni. Haha.

So far saya tak pernah lagi jumpa orang jual buah melaka kukus ni kat luar. Selalu orang jual buah melaka biasa yang salut dengan kelapa tu. Cara buat buah melaka tu sama je. Cuma yang ni ada kuah dan masak secara kukus.

Memandangkan anak2 dah tido petang ni, bole la buat sekejap. Aman damai sikit nak duk kat dapur bila anak2 dah tido. Hehe.. Bahan2 pun mudah je. Semua bahan ada kat dapur, kita on la petang ni kuih buah melaka kukus.

File_000
Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 200ml air pandan (kisar daun pandan dan ambil airnya)
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau
  • Gula kabung/gula melaka secukupnya (potong dadu)

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 400ml santan sederhana cair
  • Sedikit garam
  • 1/2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:

  1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum di dalam bekas.
  2. Masukkan pewarna hijau ke dalam air pandan dan masukkan air ini ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil menguli.
  3. Uli adunan sehingga tidak melekat pada tangan.IMG_1091
  4. Untuk membuat kuah, masukkan tepung gandum dan garam ke dalam santan dan kacau.
  5. Letakkan sedikit kuah santan ke dalam loyang supaya adunan tepung tidak melekat. (Senang nak ambil kuih bila dah masak)
  6. Ambil adunan tepung yang telah di uli dan bulatkan kecil2. Masukkan gula kabung/gula melaka ke dalam tepung.IMG_1095
  7. Terus letak tepung yang telah dibulatkan ke dalam loyang yang berisi sedikit santan tadi. Buat sampai habis. IMG_1092
  8. Masukkan kesemua santan ke dalam loyang tadi. Kalau nak kuah banyak, boleh tambah santan.
  9. Panaskan kukus terlebih dahulu. Kukus selama lebih kurang 15 minit. Siap untuk dihidangkan..IMG_1093

Makan petang ni kuih buah melaka kukus kegemaran keluarga. Minum air kosong je. Jaga kesihatan sebab kuih dah manis. Hehe..


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

2 Comments »

Leave a Reply