Tauhu Bergedil Viral (Kentang Digoreng)

Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsikan resepi tauhu bergedil yang pernah viral di media sosial. Baru sekarang saya nak mencubanya sebab sebenarnya saya tak suka makan tauhu. Hehe. Tapi atas permintaan ramai, saya cuba buat. Bila dah makan, baru tahu rupanya sedap juga rasa tauhu bergedil ni. Mungkin sebab isi tauhu tu dah dikorek dan digantikan dengan bergedil. Jadi dah tak ada rasa tauhu sangat.

tauhu bergedil

Ini cara saya buat bergedil iaitu dengan menggoreng kentang sebelum dikisarkan. Rasa kentang yang digoreng lebih sedap berbanding kentang yang direbus. Actually saya tahu cara buat bergedil dengan menggorengkan kentang ni daripada mak mertua kakak saya. Kebetulan kami sekeluarga pergi melawat mak mertua kakak saya tu dan dia menghidangkan mee soto bersama bergedil kepada kami. Pertama kali makan bergedil tu, rasanya itu adalah bergedil paling sedap pernah saya makan. Bila balik rumah, terus suruh kakak saya bertanyakan resepi dan bahan-bahan yang mak mertua dia guna untuk buat bergedil tu. Hehe. So hari ni saya kongsikan resepi yang sedap tu.

Dalam resepi tauhu bergedil yang saya kongsikan ni, saya mengeluarkan isi tauhu. Kemudian saya salutkan isi tauhu tu dengan telur dan goreng sehingga rangup. Cara ini di ajar oleh kawan saya yang meniaga tauhu bergedil. Sedap juga makan isi tauhu yang rangup tu. Kalau nak masukkan sekali isi tauhu ke dalam bergedil pun boleh juga. Di dalam bergedil pula boleh tambah bahan lain seperti carrot, bawang dan sebagainya jika suka. Telur untuk menyalut tauhu saya tambahkan sedikit tepung jagung supaya lebih likat dan mudah lekat pada tauhu.

Resepi tauhu bergedil ini juga boleh digantikan dengan ayam, udang dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Ok jom tengok cara penyediaan tauhu bergedil yang best ni. Lepas tu jom la subscribe YouTube Channel kami ye. Hihi..

tauhu bergedil

Bahan-bahan Tauhu Bergedil:

  • 200gm Daging Cincang
  • 600gm Kentang
  • 30gm Daun Sup
  • 30gm Daun Bawang
  • 40gm Bawang Goreng
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • Tauhu Kering secukupnya
  • 2 Biji Telur
  • 1 sk Tepung Jagung

Cara-cara:

  1. Potong kentang lebih kurang 0.5cm dan goreng di dalam minyak panas sehingga sedikit kekuningan.
  2. Kisar @ tumbuk kentang sehingga lumat.
  3. Sangai @ goreng daging tanpa minyak sehingga sedikit kering. Kisarkan daging sehingga hancur.
  4. Gaul kentang dan daging tadi bersama daun sup, daun bawang, bawang goreng, sedikit serbuk lada hitam dan juga garam secukupnya. Ketepikan.
  5. Gunting tauhu sedikit di bahagian atasnya dan korekkan isi dalamnya.
  6. Bulat-bulatkan bergedil dan masukkan ke dalam tauhu tadi. Buat sehingga habis.
  7. Pukul telur bersama sedikit garam dan juga tepung jagung.
  8. Celup tauhu ke dalam telur dan goreng sehingga garing.

Nota:

  • Isi tauhu boleh digaul dengan telur dan digoreng garing.

tauhu bergedil

tauhu bergedil

tauhu bergedil
Isi tauhu yang digoreng garing

tauhu bergedil


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top