Assalamulaikum. Yong Tau Foo adalah salah satu makanan favorite saya kalau pergi ke pasar malam. Selalunya terdapat 2-3 peniaga yang menjual yong tau foo kalau kat pasar malam tempat saya duduk ni. Tapi macam biasa la harganya bukan murah. Hehe. So saya pun google la mencari macam mana cara untuk membuat kuah yong tau foo ni. Bahan-bahan untuk direbus tu boleh beli je kat pasaraya. Tinggal nak buat kuah je. Bila cari google tu macam-macam cara untuk membuat kuah yong tau foo ni. So hari ni saya kongsikan salah satu cara untuk membuat kuahnya yang paling sedap dan menyelerakan. Lepas ni boleh la selalu buat yong tau foo sendiri.
Untuk resepi kuah yong tau foo ni saya menggunakan produk jalen. Kalau nak tau, Jalen ni sekarang dah ada banyak produk yang dikeluarkan selain kicap. Antaranya taucu, sos tomato dan cili, cuka, kordial, sos tiram dan sebagainya. Nanti kalau jumpa produk-produk Jalen ni boleh la cuba.
Antara resepi sedap yang saya pernah saya buat menggunakan taucu adalah ayam pongteh. Resepi ni salah satu resepi favorite kami sekeluarga. Anak-anak yang tak suka makan taucu pun sukakan resepi ni. So korang yang tak suka makan taucu tu boleh la cuba resepi ni tau. Takla membazir beli taucu banyak kalau taktau nak masak apa dengan taucu tu. Hehe
Ok kalau nak lebih senang faham cara untuk membuat kuah yong tau foo ni, boleh tengok video resepi yang saya sediakan kat atas. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk dapatkan lebih banyak video resepi yang terbaru dan menarik.
Bahan-bahan Kuah Yong Tau Foo:
- 5-6 ulas cili padi
- 7-10 tangkai cili kering (direbus)
- 3 ulas bawang putih
- 2 sb taucu Jalen
- 3 sb kicap manis Jalen
- 3 sb kicap lemak manis Jalen
- 2 sb sos tiram Jalen
- 2 sb sos cili Jalen
- Gula kabung/melaka secukup rasa
- 3 cawan air
- 2 sb tepung jagung (bancuh dengan air)
- Bahan untuk celur (bebola, tauhu, kangkung dsb)
Cara-cara Kuah Yong Tau Foo:
- Kisar cili padi, cili kering dan juga bawang putih sehingga lumat. Boleh kurangkan jika taknak pedas. Ketepikan.
- Kisar taucu, kicap, sos tiram dan juga sos cili sehingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan cili kering dan bawang yang telah dikisar tadi sehingga garing.
- Masukkan pula sos yang dikisar bersama taucu tadi. Kacau dan biarkan ianya mendidih.
- Kemudian masukkan air dan gula secukup rasa. Boleh tambah garam jika tak cukup masin. Biarkan kuah mendidih.
- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah tadi. Kacau kuah sehingga menjadi pekat. (Jangan terlalu pekat sebab kuah akan menjadi lebih pekat bila sejuk)
- Celur sekejap kesemua bahan seperti bebola, tauhu dan lain-lain.
- Tuangkan kuah ke atas bahan celur tadi dan boleh tabur dengan kacang tanah atau bijan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo