Assalamualaikum. Resepi yang akan saya kongsikan kali ni ialah resepi puding mozaik yang dibuat daripada cordial Jalen. Resepi asal puding ni hanya menggunakan pewarna. Tapi dalam resepi ni saya tambahkan kordial Jalen di dalam setiap adunan puding yang berwarna untuk menjadikan puding ni lebih sedap rasanya.
Untuk pengetahuan, cordial Jalen ni dah manis. Jadi saya tak letak gula dalam bancuhan puding yang pertama. Boleh letak cordial Jalen mengikut kemanisan yang sesuai. Saya letak lebih kurang 4-5 sudu besar kordial di dalam setiap bancuhan. Untuk kordial perisa barli, saya letakkan sedikit pewarna biru supaya ada warna yang kontra dengan bahagian luar puding nanti. Berapa jenis kordial yang nak digunakan juga bergantung kepada pilihan masing-masing. Boleh gunakan sekurang-kurangnya 2 warna untuk menghasilkan puding yang cantik.
Selain serbuk agar-agar, boleh juga gunakan agar-agar tali untuk membuat puding ni. Sukatan airnya bergantung kepada jenis agar-agar tersebut. Sila rujuk pada bahagian arahan yang terdapat pada bungkusan agar-agar. Kalau guna serbuk agar-agar yang macam saya buat ni, selalunya memang saya akan kurangkan sikit sukatan airnya supaya agar-agar tidak terlalu lembik. Puding ni sesuai dihidangkan semasa sejuk.
Selain puding mozaik ni, ada banyak puding @ agar-agar lain yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Antara agar-agar yang paling mendapat sambutan ialah agar-agar roti ni. Kalau korang ada lebihan roti kat rumah tu boleh la cuba resepi agar-agar roti tu nanti.
Sebelum cuba resepi puding mozaik ni, boleh tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lebih banyak resepi yang terbaru dan best.
Bahan-bahan Puding Mozaik:
- 3 Cawan @ 750 ml Air
- 1 Paket @ 10 gram Serbuk Agar-Agar
- Kordial Jalen
- Pewarna Makanan (Tidak Wajib)
- Sejukkan di Peti Ais
- 1 1/2 Cawan @ 375 ml Air
- 1 Paket @ 10 gram Serbuk Agar-Agar
- 2/3 Cawan @ 130 gram Gula
- 1 Tin 400 ml Susu Cair
Cara-cara Membuat Puding Mozaik:
- Panaskan 3 cawan air di dalam kuali dan masukkan serbuk agar-agar.
- Kacau sehingga mendidih dan agar-agar larut.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan letakkan kordial Jalen ke dalam setiap adunan tadi. Saya gunakan kordial sirap, mangga, sarsi dan juga barli.
- Masukkan semuanya ke dalam peti sejuk sehingga puding menjadi keras.
- Untuk bancuhan ke-2, didihkan air dan masukkan serbuk agar-agar. Kacau sehingga serbuk agar-agar larut.
- Kemudian masukkan gula dan susu cair. Kecilkan api. Kacau sehingga gula larut.
- Keluarkan agar-agar yang berwarna tadi dan potong kecil. Masukkan potongan agar-agar ini ke dalam bekas yang besar.
- Tuang bancuhan agar-agar yang bersusu ke dalam bekas besar tadi.
- Simpan ke dalam peti sejuk sehingga menjadi pejal.
- Apabila sudah pejal, keluarkan agar-agar tadi daripada bekasnya dan sedia untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo