Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Apa khabar? Korang perasan tak baru-baru ni viral di media sosial tentang kek milo yang hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Bila saya dengar mengenai kek milo 3 bahan ni saya pun teruja juga nak cuba membuatnya dan melihat hasil kek milo ni. Dalam hati saya berkata betul ke boleh jadi dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja? Macam mustahil je.. Hahaha…
Dalam rasa was-was tersebut, saya cuba juga buat kek milo ni. Kek ini hanya menggunakan milo, susu pekat, telur dan saya tambahkan sedikit esen vanila untuk menghilangkan bau hanyir telur. Selepas mencampurkan kesemua bahan tersebut adunan perlulah dikukus sehingga masak. Rasa tak sabar pulak nak melihat hasilnya. Bila dah masak saya sejukkan dahulu, kemudian saya potong kek milo ni untuk melihat hasil dan kejadian kek milo ini. Namun, hasilnya kurang memuaskan dan tekstur kek milo ini agak mampat mungkin kerana adunan terlalu cair serta tiada serbuk penaik atau soda bikarbonat yang digunakan untuk membuat kek ini. Tapi rasa kek ini boleh tahan juga dan masih boleh di makan. Anak-anak saya suka sebab ada rasa milo. Hehehe.
Okay la, kalau korang juga teringin untuk membuat dan mencuba kek milo viral 3 bahan ini boleh la cuba buat dan ikut resepi yang saya telah kongsikan ini. Tapi, kalau korang betul-betul nak rasa kek milo yang paling best, sedap, lembut dan pasti jadi korang boleh cuba buat kek milo ini https://www.youtube.com/watch?v=ryNNySWtGyc yang pernah saya kongsikan sebelum ni.
Tapi sebelum korang cuba buat kek milo 3 bahan ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk melihat cara membuatnya dan lihat hasil kek milo 3 bahan ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan kek milo 3 bahan:
- 2 Cawan Milo
- 2 Sudu Besar Susu Pekat
- 4 Biji Telur
- 1 Sudu Kecil Esen Vanila
Cara-cara untuk membuat kek milo 3 bahan:
- Campurkan ke semua bahan dan pukul sehingga milo dan kesemuanya sebati.
- Sediakan loyang atau acuan bersaiz 6 inci yang telah disapu dengan minyak atau mentega.
- Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan tersebut.
- Kemudian, kukus adunan selama 30 hingga 40 minit atau sehingga masak. Pastikan air kukusan mendidih dahulu sebelum masukkan adunan tadi. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo