Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi kuih tradisional iaitu kuih lapis. Selain kuih seri muka di sini ___ dan kuih talam di sini___ , kuih lapis juga antara kuih kegemaran saya ketika berbuka puasa. Rasanya yang lemak manis tidak kurang hebatnya. Kuih ini adalah antara kuih tradisional yang mudah untuk membuatnya. Cuma perlu ambil masa yang lama sikit untuk mengukus lapisannya satu per satu. Tapi bancuhan adunan dan juga bahan-bahannya amat mudah untuk disediakan. Warna asal kuih ni cuma putih dan merah. Namun, zaman sekarang sudah terdapat pelbagai warna kuih lapis ni. Kuih lapis ini juga sangat lembut dan kebanyakkan orang suka memakannya selapis demi selapis termasuklah saya. Hehehe.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan penyediaan resepi kuih lapis ni, ada antaranya yang lebihkan tepung gandum dan ada pula yang lebihkan tepung beras dalam sukatan adunannya. Namun ini semua terpulang pada selera dan citarasa korang semua yea. Pada saya, resepi yang saya telah kongsikan dekat sini adalah yang terbaik dan kena dengan selera saya dan keluarga.
Untuk mengelakkan kuih ini melekat pada loyang, sapukan sedikit minyak masak di dasar dan di sekeliling loyang atau alaskan dengan plastik tahan panas supaya kuih lapis ini senang untuk dikeluarkan apabila telah masak. Semasa mengukus kuih pula, balut kain pada penutup kukus supaya air tidak menitis ke atas permukaan kuih. Jika air menitis, permukaan kuih tidak cantik dan tidak licin. Pastikan korang ikut semua langkah dan cara-cara untuk membuat kuih lapis ini. InsyaAllah kuih korang pasti menjadi, yang penting kita cuba dulu.. kalau tak cuba, tentulah tak tau hasilnyakan. Hehehe. Okay, selamat mencuba!.
Tapi sebelum tu, kalau korang nak senang faham cara penyediaan dan cara membuat kuih lapis ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dari kami dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan kuih lapis:
- 4 Cawan Santan
- 2 Cawan Tepung Beras
- 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1/4 Sudu Kecil Garam
- 1 Cawan Gula
- Pewarna Makanan
Cara-cara untuk membuat kuih lapis:
- Masak santan sebentar sehingga menjadi suam sahaja. Kemudian tutup api dan angkat santan.
- Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, garam dan juga gula ke dalam santan tadi dan kacau hingga sebati.
- Kemudian, tapis adunan tepung supaya tidak berketul-ketul.
- Bahagikan adunan tepung kepada beberapa bahagian dan asingkan juga bahagian yang putih.
- Letakkan beberapa pewarna makanan yang disukai dan kacau rata.
- Sediakan loyang, sapukan minyak masak didasar loyang atau boleh juga lapiskan loyang dengan plastik tahan panas.
- Tuang adunan putih sehingga menutupi keseluruhan permukaan loyang.
- Kukus selama 5 minit. Pastikan kukusan telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan kuih.
- Selepas 5 minit, masukkan lapisan kedua iaitu adunan yang bewarna ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian putih tadi dan kukus lagi selama 5 minit.
- Pastikan setiap bahagian adunan putih dan bewarna disukat sama banyak untuk setiap lapisan yang hendak dikukus supaya lapisan kuih akan jadi sama rata.
- Ulangi melapis dan mengukus selama 5 minit setiap lapisan adunan tepung sehingga habis.
- Lapisan yang terakhir perlu dikukus selama 20 minit. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang cantik. Siap! Sedia untuk dihidang.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo