Chocolate Cheesecake Istimewa Yang Paling Sedap

Assalamualaikum. Hi semua. Dalam entri hari ini saya nak kongsikan satu lagi jenis pencuci mulut yang berasaskan krim keju iaitu chocolate cheesecake. Ada beberapa resepi cheesecake tanpa bakar yang pernah saya kongsikan sebelum ini seperti no bake oreo cheesecake. Namun, resepi kali ni saya buat cheesecake jenis bakar pula iaitu chocolate cheesecake atau kek keju coklat.

Dalam resepi ini saya menggunakan biskut oreo sebagai lapisan bawahnya. Korang boleh gantikan dengan biskut marie, biskut digestive atau biskut yang sesuai mengikut selera masing-masing. Untuk mendapatkan rasa kek keju yang sedap pastikan korang guna krim keju yang premium, baru la rasa kek korang nanti ada class!! Macam makan dekat cafe-cafe hipster tu! Hehehe. Penggunaan yogurt dalam resepi ini pula bertujuan untuk seimbangkan rasa krim keju supaya tidak terlalu muak apabila di makan nanti. Hiasannya pula korang boleh gantikan badam cincang dengan apa-apa hiasan kesukaan masing-masing seperti coklat urai, coklat chip, serbuk oreo, nestum, buah-buahan segar atau sebagainya.

Rasa chocolate cheesecake yang saya kongsikan kali ini lebih sedap berbanding yang lain kerana ada campuran crunchy cream ovomaltine di dalamnya. Untuk pengetahuan, crunchy cream ovomaltine ni ialah sapuan coklat yang crunchy dan sangat sedap. Memang lain daripada mana-mana sapuan coklat yang ada dipasaran. Crunchy cream ovomaltine ini juga sesuai di jadikan sapuan di atas roti putih, biskut, pankek dan sebagainya. Boleh juga di tambah dalam apa-apa resepi atau hidangan biskut atau kek yang lain. Kalau korang nak rasa crunchy cream ovomaltine ni, boleh dapatkannya di kebanyakkan pasaraya. Lepas tu boleh la korang cuba resepi chocolate cheesecake crunchy yang sedap ni. Selamat mencuba semua!.

Ovomaltine – Crunchy Cream 680gram juga boleh didapati di sini https://bigboxasia.com/my/ovomaltine-crunchy-cream-680g.html

Ovomaltine boleh didapati di pasaraya berikut:

  • AEON – selected stores only
  • TESCO – nationwide
  • Cold Storage – nationwide
  • MaxValu – all stores
  • Mercato – Pavillion & Hartamas Shopping Centre
  • Giant – selected stores only
  • HERO Supermatket – TTDI, Kelana Jaya, Berjaya Times Square, Kota Kemuning
  • Isetan KLCC

Dekat atas ni saya ada sediakan video cara penyediaan dan cara membuat chocolate cheesecake ni, jadi apa kata korang tengok dulu video tersebut supaya korang lebih senang faham cara-cara untuk membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Untuk Chocolate Cheesecake:

  • 24 keping Oreo
  • 60 gram Mentega (¼ Cawan)
  • 320 gram Coklat Masakan
  • 50 gram Ovomaltine
  • 250 gram Krim Keju
  • 100 gram Gula Kastor (¼ Cawan)
  • 135 gram Yogurt Asli (½ Cawan)
  • 30 gram Serbuk Koko (¼ Cawan)
  • 4 Biji Telur (Gred A)
  • Badam Cincang (untuk hiasan)

Cara-Cara Untuk Membuat Chocolate Cheesecake:

  1. Kisar biskut oreo sehingga hancur. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega. Setelah cair, masukkan terus ke dalam biskut oreo yang dikisar tadi dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan biskut oreo ke dalam loyang. Ratakan biskut di dasar dan di tepi loyang. Boleh gunakan loyang springform bersaiz 8″ yang di alas dengan baking paper supaya senang nak keluarkan kek nanti. Bakar biskut pada suhu 175°C selama 10 minit.
  4. Sementara itu, cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler dan masukkan crunchy cream ovomaltine ke dalam coklat tadi dan kacau rata. Ketepikan dahulu.
  5. Pukul krim keju dan gula kastor sehingga sebati.
  6. Masukkan yogurt dan serbuk koko. Pukul lagi hingga rata.
  7. Masukkan pula coklat yang telah dicairkan tadi dan pukul lagi sehingga sebati sahaja. Tak perlu pukul lama-lama.
  8. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul adunan sehingga telur habis.
  9. Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi. Sebelum itu, balut bawah loyang dengan aluminum foil untuk mengelakkan air masuk ke dalam loyang kerana kek akan di bakar menggunakan teknik waterbath.
  10. Bakar kek menggunakan teknik waterbath pada suhu 175°C selama 70 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
  11. Setelah kek masak, sejukkan dahulu kek di dalam peti ais sebelum dipotong.
  12. Hiaskan kek dengan crunchy cream ovomaltine dan badam cincang di atasnya. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Minit 5:30 – Bakar 70 minit pada suhu 175ºC (pembetulan pada video. Silap tulis)

Nota:

  • Untuk mendapatkan potongan kek keju yang cantik dan licin, celupkan pisau ke dalam air panas dan lap pisau sebelum memotong kek keju dan ulang langkah yang sama pada setiap potongan kek.

Chocolate Cheesecake
Chocolate Cheesecake
Chocolate Cheesecake
Chocolate Cheesecake

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top