Cinnamon Apple Pie

Kali ni nak share resepi Cinnamon Apple Pie pulak lah. Resepi ni amik dari group whatsapp kitorang. So dah mintak permission owner dah pun nak share ni. Hehe.

Ok bahan2 dia seperti berikut

AmVgW5htUS6qFUxR6SjV35Qzo2OSyUUnZVaAI2nsHaLl
Cinnamon Apple Pie

Bahan untuk membuat inti :

  • 1 biji epal yg besar
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1@2 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • sedikit serbuk kayu manis
  • garam

Cara penyediaan :

  1. Epal dipotong dadu kecil2
  2. masukn dlm periuk bersama butter, gula, garam dan kayu mnis
  3. masak dengan api perlahan smpai epal lembut diluar tapi still crunchy kat dalam
  4. then masukkan tepung jagung yg dah dibancuh sedikit air
  5. bila dah pekat tutup api & biarkn sejuk

Bahan untuk Kulit Pie :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak sayuran (boleh juga guna minyak masak)
  • 1/2 cawan air panas (mendidih)
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara Penyediaan :

  1. Campurkan semua bahan dalam 1 bekas
  2. Apabila campuran dah suam, uli sedikit sehingga menjadi doh
  3. Gelek dan potong mengikut citarasa anda
  4. Setelah kesemua bahan disiapkan, letakkan inti yg telah disediakan sebelum ni ke kulit pie. Sapukan kuning telur pada permukaan kulit pie sebelum dibakar. Panaskan oven pada suhu 180º selama 10 minit.
  5. Kemudian bakar selama 20 – 25 minit sehingga menjadi coklat keperangan.

Cinnamon Apple Pie telah pun siap disediakan. Korang cubalah buat dulu, anything just komen2 la kat bawah ni. Kalau ade ape2 persoalan ke nanti saya reply semula. Insyaallah.

Credit to Norul Aimi


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply