Ayam Masak Kurma Tanpa Santan

Assalamualaikum..Hari ni duk fikir2 nak masak apa. Ayam dah rendam dari pagi. Tapi tak ada idea nak masak apa. Hehe.. belek2 barang kat dapur jumpa serbuk kurma. So hari ni masak kurma ayam la. Resepi ni saya belajar dengan mak mentua. Dia memang masak tak guna santan.

So senang la nak buat sebab sememangnya tak ade santan pun kat rumah saya. Haha.. Rase dia lebih kurang je dengan masak kurma guna santan. Cuma yang bagusnya kurang sikit la kolestrolkan kalau tak masuk santan. Untuk sesiapa yang diet, boleh la try resepi ni. Sebelum tu boleh layan dulu video kat bawah ni supaya lebih senang nak tahu cara masak ayam kurma ni..

Bahan A:

  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (tumbuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih

Bahan B:

  • 1/2 ekor ayam
  • 6-8 sudu besar serbuk kurma
  • 1 biji bawang besar (potong 2@4)
  • 2 biji kentang (potong 4)
  • 2 biji lada besar (potong 2)
  • Garam
  • Sedikit air limau nipis @ kasturi
  • Air secukupnya
  • 1 senduk minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan A sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kurma. Kacau sehingga pecah minyak dan terus masukkan air. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan sehingga mendidih dan pekat.
  4. Masukkan garam dan air perahan limau. Perlahankan api.
  5. Masukkan cili dan bawang besar. Biarkan seketika sehingga bawang dan cili sedikit layu.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh tambah serbuk kurma untuk mendapatkan kuah yang pekat.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top