Spaghetti Aglio Olio

Assalamualaikum..

Hari ni saya tukar selera sikit untuk makan tengah hari. Sebab dah boring hari2 makan nasi. Sekali sekala kita tukar la selera tekak ni sikitkan. Kena la belajar makan makanan luar. Senang esok2 nak melancong kat oversea.. haha.. Hari ni kita lunch aglio olio. Makanan yang berasal dari Italy..

image

Nak buat aglio olio ni simple je.. jom tengok dulu resepinya..

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket spageti
  • Seafood (udang/sotong/kupang)
  • Sedikit air
  • 2-3 sudu minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1/2 biji bawang holland (cincang halus)
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang/daun parsli (dihiris)
  • 1/2 tin cendawan butang (potong nipis)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa
  • Chili flakes/cili kering

Cara-cara:

  1. Rebuskan spaghetti bersama sedikit minyak dan garam. Toskan.
  2. Ambil 3-4 biji cili kering. Potong kecil dan goreng sekejap. Jangan lama sangat. Cili kering ni cepat hangit. Dah siap goreng, ketepikan.
  3. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dengan bawang holland sampai layu.
  4. Kemudian masukkan bahan2 seafood. Tunggu sekejap sampai seafood sedikit masak.
  5. Masukkan cendawan. Kacau sebentar.
  6. Masukkan spaghetti. Bole masukkan sedikit air kalau terlalu kering. Masukkan serbuk lada hitam, cili kering / cili flakes. Perasakan dengan garam.
  7. Masukkan daun2 yang mane ade.. saya cuma ade daun bawang je. Hehe..
  8. Gaul lagi sampai semua bahan sekata. Dah siap..

Nota:

Minyak zaitun bole digantikan dengan minyak biasa/butter/minyak sayuran/minyak jagung. Asalkan bole guna untuk menumis. Cendawan butang optional..bole masukkan cendawan2 yang lain jugak @ ape2 sayur yang bersesuaian. Ikut la kegemaran masing2..


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply