Makaroni Goreng Simple

Assalamualaikum. Hari ni nak cerita pasal makaroni.. anak saya ni tekak orang putih sikit. Tak suka makan nasi sangat kecuali nasi yang ade rase macam nasi ayam, nasi tomato dan nasi2 seangkatan dengannya. Makan pun semua kosong je. Nasi kosong, roti kosong, makaroni kosong. Haha. Jadi saya nak bawakan resepi makaroni goreng yang menjadi kegemaran anak saya.

Belum siap gerong makaroni ni die dh paw dulu. 😅 Tak tau la ape khasiat yang die dapat makan kosong macam ni je. Haha. Tapi takpe. Lepas siap goreng makaroni ni nanti bagi die makan lagi. Ok jom tengok dulu resepi makaroni simple ni. Tengok video dibawah ni untuk cara penyediaan makaroni goreng yang simple.

Bahan-bahan untuk Makaroni Goreng:

  • 200 gram Makaroni (rebus-letakkan sedikit garam dan minyak semasa merebus)
  • Isi ayam/daging – potong kecil
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • 2 sudu besar Sos tomato
  • 1 sudu besar Sos cili
  • 2 sudu besar Kicap manis
  • 1 sudu besar Kicap pekat
  • Segenggam sayur campuran *guna sayur2 segar lagi bagus
  • Daun kucai – potong lebih kurang 1inci
  • 1 biji tomato
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan kisar:

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis 1@2 sudu bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam/daging. Tambahkan sedikit air. Tunggu sehingga ayam/daging masak.
  3. Masukkan semua sos2 dan kicap2. Gaul sekata.
  4. Masukkan sayur. Biarkan sekejap untuk melembutkan sedikit sayur. Jangan lama sangat. Nanti sayur terlalu lembik.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali boleh la masukkan makaroni, daun kucai dan tomato. Gaul rata.

Siap dah.. kalau ade sos prego lagi sedap. Tak perlu masukkan sos2 lain dah. Ni sebab saya dah kehabisan sos prego, so saya goreng je makaroni ni ala-ala resepi mee goreng. Hehe.. janji sedap!!

Dalam video kat atas saya tak letak cili kering. Cuma tumis bawang merah dan bawang putih sahaja sebab nak bagi anak kecik makan. Kalau korang suka pedas boleh tambah cili kering dan cili padi.

Ok selamat memasak!


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

2 Comments »

Leave a Reply