Assalamualaikum..
Alkisah makan nasi goreng ayam butter kat restoran murni discovery.. pastu si suami request pulak menu macam kat restoran tu. Sedap katenya.. banyak jugak la cawangan restoran murni discovery ni. Banyak pilihan makanan dalam kategori yang murah. Rase pun bole tahan. Sape2 yang nak pergi restoran ni bole la google cawangan2 dorang. Hehe..
Tapi ape2 pun masak sendiri mesti yang paling sedap. Plus bole makan banyak. Haha.. google punya google jumpe la macam2 resepi ayam butter ni.. senang aje rupanye.. jom try buat sendiri kat rumah.
Bahan bahan:
- 2 bahagian isi ayam – potong kecil
- 2 sudu besar butter
- 4 biji cili padi – cincang (tambah kalau suka pedas)
- 1 pelepah daun kari
- Beberapa keping cheese -optional
- 1 cawan susu cair – (tambah kalau nak lebih kuah)
- Garam
- Gula
- Serbuk lada hitam
Bahan perap:
- Garam
- 2 sudu kecil serbuk kari
- 1 sudu besar tepung gandum/tepung beras
- 1 telur
Cara cara:
- Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan kuali dengan butter. Tumis cili dan daun kari sehingga wangi.
- Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.
- Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang melekat pada ayam akan memekatkan kuahnya.
Ok dah siap. Lepas ni tak payah order kat restoran lagi. Hehe..
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.