Roti Lasagna Simple

Assalamualaikum. Hari ni tak ade cerita panjang2. Direct to our lasagna bread. Sesekali kita tukar selera mat saleh sikit untuk breakfast @ minum petang. Kena la speaking. Haha.. jom tengok resepi roti lasagna ni. Senang je nak buat n bahan2 pun simple je.

Bahan-bahan untuk roti lasagna simple:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 300gm daging cincang
  • 1 genggam sayur campuran
  • 2-3 sudu besar Sos cili
  • 2-3 sudu besar Sos tomato
  • 1 biji Cili besar – hiris halus (@cili padi kalau suka lebih pedas)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk lada hitam
  • 12 keping Roti
  • 3 biji Telur
  • 200ml Susu segar
  • Mozarella cheese/cheddar cheese

Cara-Caranya :

  1. Masak inti dulu. Tumis bawang sehingga naik bau wamgi.
  2. Masukkan daging. Biar sampai empuk. Tambah air jika terlalu kering.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato.
  4. Masukkan sayur campuran dan serbuk lada hitam. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sampai kering sikit. Dah siap, ketepikan dahulu.
roti lasagna
Macam ni la rupa intinya..
  1. Siapkan bahan roti. Pukul telur bersama susu segar.
  2. Celupkan roti dalam telur dan susu yang dah dipukul.
  3. Letakkan inti yang dah masak tadi. Kemudian letak cheese atas inti. Buat 2 layer.
roti lasagna
Susun macam ni. Buat sampai siap.
  1. Bakar suhu 180c sampai garing sikit. Lebih kurang 30-40 minit. Ikut oven masing2..

roti lasagna

Dah siap dah. Yum yum! bole makan sampai kenyang. 😄


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply