Japanese Cotton Cheesecake

Resepi oleh: Afzalina Ahmad yusof

Assalamualaikum..

Japanese cotton cheesecake yang memang sangat lembut dan sedap. Cheese lover memang patut try resepi ni. Kek ni my sister yang buat. Nak bawak kat rumah mak mentua katanya. Jom kita tengok resepinya..

image

BAHAN A :

  • 250 gm Cream Cheese
  • 50 gm Butter
  • 150 ml Susu Segar
  • 6 biji Kuning Telur
  • 1 sudu besar Jus Lemon
  • 1/4 sudu kecil Garam
  • 60 gm Superfine Flour
  • 20 gm Tepung Jagung

BAHAN B :

  • 150 gm Gula Kaster
  • 6 biji Putih Telur
  • 1 sudu besar Jus Lemon (@ 1 sudu kecil cream of tartar)

Cara-cara untuk BAHAN A :

  1. Cairkan cream cheese, butter dan susu segar dengan cara double boil. Sejukkan sebentar.
  2. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan garam dan jus lemon, gaul sebati.
  3. Masukkan adunan cheese yang telah dicairkan tadi dan gaul rata dengan menggunakan senduk kayu.
  4. Kemudian masukkan tepung superfine dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit, gaul guna tangan hingga sebati. Tapiskan adunan kalau ade ketul2.

Cara-cara untuk BAHAN B :

  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih berbuih (foamy).

    img_1927
    Ni putih telur. pukul sampai jadi berbuih camni.
  2. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Bole terbalikkan bekas dalam 10saat. Kalau adunan tak jatuh, maknanya dah ok la tu.

    img_1928
    Ha! Ni dah jadi tanduk-tanduk.
  3. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B dan kacau hingga sebati. Guna tangan jugak.
  4. Sediakan bekas atau loyang yang bersesuaian untuk membakar. Lebih berukuran 8 inci, yang digriskan bawahnya dan salut dengan kertas baking. Tuang adunan kek dalam bekas kek. Kalau guna bekas yang removeable, balut bawah loyang tu dengan aluminium foil sebab takut masuk air semasa bakar (bakar dengan kaedah bain marie atau steambath).

    img_1933
    Macam ni la steambath
  5. Panaskan oven terlebih dahulu dalam lebih kurang 10 minit. Bakar selama lebih kurang satu jam dengan kaedah bain marie atau steambath pada suhu 160 deg Celcius (mengikut kapasiti oven masing2). Gunakan api atas bawah.
  6. Setelah masak, renggangkan sedikit pintu oven. Biarkan dia sejuk sebentar di dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit dulu sebelum dikeluarkan. Kalau terus dikeluarkan dari oven, dia akan mendap atau turun nanti.
  7. Bila dah sejuk, kuarkan dari oven. Hiaskan dengan apa2 filling kegemaran masing2. Saya guna blueberry. Sesuai guna filling yang masam sikit supaya kek tak rasa muak sangat. Siap!

image

Tips :

  1. Asingkan telur putih dan kuning ketika telur baru keluar dari fridge. Lebih mudah untuk diasingkan kerana telur agak keras dan juga buang tali pusatnya supaya kek tidak hanyir.
  2. Pastikan mixer kering dan betul betul bersih terutamanya dari berminyak. Putih telur mestilah pada suhu bilik dan jangan ada sedikit pun kuning telur yang termasuk semasa mengasingkannya. Kalau tak nanti tak menjadi.

Note :

Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas mendidih dulu dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply