Samyang Spicy Ramen – Review

Assalamualaikum.

Baru2 ni bawah office aku ade jual2 makanan asia (Yummy Asia). Macam2 jenis makanan yg xde kat malaysia ni dorang jual. Masa tgh cari2 tu terjumpa la satu makanan ni. Nama dia Samyang Spicy Ramen. Tetiba aku teringat pasal beberapa youtubers yg pernah buat challenge makan mee ni.

Untuk pengetahuan mee ni memang sangat pedas dan pedas dia bukan pedas biasa2 tapi pedas tahap gaban punye. Rasa cam nak try la jugak nak rasa pedas sangat ke cam yg dorang cakap tu. Kebetulan masa tu ade promosi jual pada harga RM19.90 (mahal gile kan). Aku google2 mee ni jumpa kat lelong ade orang jual RM24 (perghh lagi mahal). Kira murah la dia jual ni. So aku beli je la nak suruh bini aku masak balik kang. 

Ramen ni boleh dimasak ikut ske hati korang nak kering ke nak berkuah ke. Mee dia jenis besar2, lagi besar dari mee megi. Rasa kenyal dan tak muak cam mee kuning. Dalam pack tu ade 2 pack lagi untuk perencah dan bijan. Orang korea ske letak bijan dalam makanan kot.

Cubaan pertama ramen ni….. perghhh pedas gile….. bini aku masak style berkuah. memula hirup kuah dulu konon2 nak rasa pedas ke tak. sekali hirup je dah pedas satu mulut. ngan bibir2 pun dah rasa pedas. lepas tu try mee dia plak, panas2 masuk mulut ditambah dengan pedas melampau dia tu memang meletup la pedas dia. Amaran kepada yg x boleh makan pedas, jangan makan mee ni. kalau degil gak nak rasa pedas dia try hirup sup dia dulu. Rasa dia sedap atau tak aku tak pasti sebab rasa pedas tu dah menutup rasa sedap.

Cubaan kedua.. bini aku masak kering style cam megi goreng. perencah pun letak separuh je dengan harapan xde la pedas melampau macam cubaan pertama tu. Bile buat kering tu nampak menyelerakan. rasa cam boleh makan habis ni. Bile masuk mulut je…. perghhh pedas gile gak…. rasanya cam lagi pedas dari yg sebelum ni. padahal dah letak perencah separuh je. tapi kali ni ade rasa flavour dia.. boleh tahan gak rasa dia. kali ni memang aku makan tak habis walaupun dah berkongsi ngan bini aku. minum air yogurt pun still rasa pedas lagi. air liur meleleh je tahan pedas.

Jadi betul la ape yg dorang cakap tu. memang ramen ni sangat pedas dan pedas dia bukan biasa tapi pedas yg melampau. x pasti la ape motif dia buat mee pedas2 ni sampai susah sangat nak makan. ade lagi 3 bungkus tu tak sanggup dah aku nak makan. aku bagi ke anak buah dan mak aku untuk dorang rasa. kebetulan anak buah aku tu minat sangat kpop. balik2 tgk running man je tgk kumpulan kpop menyanyi la ape la. mak aku plak jenis ske makan pedas. dia kunyah cili selamba je. tgh tunggu review dari dia. kalau dia komen pedas tu maknenye confirm la memang pedas melampau ramen tu. kalau dia cakap biasa2 je maknenye still tak memenuhi standard pedas dia la tu.

kepada yg rasa tahan pedas tu boleh cuba ramen ni. tgk bole tahan ke tak pedas. x silap aku mee ni dorang ade jual kat giant (dari ae yg aku baca komen2 kat youtube). tak pasti betul atau tak, bole cuba cari. kalau nak resepi cara nak masak ramen ni tunggu bini aku update post dulu. haha.. aku tukang bagi review makanan je. bini aku tukang masak dan post resepi.

blogger-image--1104546686
Ramen yang dah siap di masak. Jangan terpedaya dengan saiz dia. Portion dia memang banyak cuma pinggan aku yang lebih besar.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply