Paprik Ayam

Assalamualaikum..

Hari minggu macam ni terlalu banyak menu yang terlintas difikiran nak dibuat. Cuma masalahnya kadang-kadang ada bahan yang tak cukup untuk tukar buat masakan yang rumit. Jadi kena la fikir masakan yang senang dan simple je. Jadi jawapannya ialah paprik. Hehe..

Paprik ni antara menu kegemaran saya kalau pergi makan kat luar. Sedap makan ngan nasi putih atau pun nasi goreng. Sama ada paprik ayam atau paprik daging. Dua2 pun sedap. So hari ni saya nak share resepi ayam paprik yang sedap dan senang. Boleh tengok video kat bawah ni dulu cara penyediaan dia.

Bahan-bahan:

  • 4-5 ketul dada ayam (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 biji cili padi (dihiris)
  • 1-2 biji limau kasturi
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 batang kacang panjang (boleh tambah apa2 sayur kegemaran spt carrot, bunga kubis, brokoli, tomato)
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam

Bahan-bahan kisar:

  • 5-6 batang cili kering (direndam air panas terlebih dahulu)
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar dan juga serai. Kacau sehingga naik bau harum.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebati.
  4. Tambahkan air secukupnya. Biarkan mendidih sekejap.
  5. Kemudian masukkan cili padi, daun limau purut, bawang besar dan semua jenis sayur. Kacau sehingga sayur sedikit layu.
  6. Masukkan air limau kasturi dan perasakan dengan garam.

Nota: kalau letak tomato, masukkan tomato akhir sekali supaya tomato tidak terlalu lembik@hancur.

Ok dah siap untuk dihidangkan. Masakan yang agak senang dan simple rasanya sebab selalunya saya dah sediakan bahan-bahan kisar lebih awal. Buat banyak dan simpan dalam peti sejuk. Jadi kita lebih jimat masa untuk menyediakan bahan. ??




Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top