masak tempoyak ikan kembung

Masak Tempoyak Ikan Kembung

Assalamualaikum..

Kali ni kita belajar masak masakan Pahang pulak. Masak tempoyak/gulai tempoyak ni antara hidangan yang mudah dan cepat untuk disediakan. Gulai tempoyak lebih sinonim dengan ikan patin kalau kat daerah Temerloh. Kalau nak makan gulai tempoyak ikan patin kat Temerloh jangan tersalah pilih kedai. Ada ikan patin yang murah. Ada yang mahal. Lebih baik tanya dulu sebelum makan. Takut tersilap nanti tak pasal-pasal kena bayar beratus ringgit untuk seekor ikan patin. Hehe. Tapi kalau bayar beratus tu mesti la ikan patin yang sedapkan. So tak rugi la bayar mahal pun.. ?

Tapi hari ni saya nak buat gulai tempoyak guna ikan kembung je sebab tak ada ikan patin. Hehe. Tak kisah korang nak guna ikan apa-apa pun boleh. Janji resepi ni memang sedap.

Minggu lepas balik kampung, saya ambil sikit tempoyak sebab mak mesti sentiasa ada stok tempoyak yang banyak kat rumah. Masa musim durian mak memang rajin buat tempoyak banyak-banyak. Lagipun tempoyak ni boleh tahan lama. Buat untuk stok setahun pun boleh. Tempoyak yang saya ambil kali ni pulak baru dibuat. So memang bertambah sedap la buat gulai. Still terasa manis durian tu. ?? ok jom belajar masakan Pahang ni..

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kembung
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 8-10 biji cili padi merah (ikut suka kepedasan masing-masing)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3-4 cawan air (agak-agak pekat yang korang nak)
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Tumbukkan cili padi dan kunyit hidup. Jangan terlalu hancur. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk bersama cili dan kunyit supaya bergaul rata.
  2. Masukkan ikan, air dan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk. Masukkan juga garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah menggelegak dan ikan masak.
  3. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak sekejap dalam 2-3 minit. Sedia untuk dimakan.

Nota: Kalau tak ada kunyit hidup, boleh gantikan dengan serbuk kunyit. Cuma rasa kunyit hidup lebih sedap berbanding serbuk.

Senangkan.. Hehe.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top