Assalamualaikum.. Hari ni hari pertama puasa untuk tahun 2016 ni. Salam ramadhan kepada semua umat Islam. Hari pertama yang agak menguji kesabaran. Bangun nak sahur je si kecik dah menangis. So terpaksa la melayan dia. Suami la yang sediakan semua juadah bersahur pagi ni. Huhu.. Kalau tak, memang tak sempat la nak bersahur. Panaskan lauk dengan goreng ikan je. Hehe.. Ini la salah satu cabar berpuasa dengan anak kecik. ? Hari pertama puasa ni saya masak asam pedas ikan kembung. Sebab ada banyak daun kesum yang saya kutip kat belakang rumah masa balik kampung minggu lepas. Kat rumah mak saya memang penuh tumbuhan. Kutip je la free. Hehe.. Menu berbuka hari ni ringkas je tapi sedap dan menyelerakan.
Apa yang special tentang asam pedas ikan kembung ni ialah saya menambahkan sedikit serbuk kari ke dalam asam pedas ni. Asal resepinya adalah dari mak mertua. Dia menggunakan daun kari sebagai ganti daun kesum. Kalau dah letak daun kari, tak perlu lagi letak serbuk kari. Memang sedap letak daun kari dalam asam pedas. Kalau dah boring makan asam pedas yang biasa, korang kena cuba asam pedas yang ni pulak.
Rasanya ada pelbagai jenis cara nak masak asam pedas ni. Lain tempat, lain orang, lain cara masaknya. So terpulang la kepada selera masing-masing untuk memasak asam pedas ni. Asalkan kena dengan tekak sendiri. Hehe. Ok jom tengok resepi asam pedas ikan kembung ni. Sebelum tu boleh tengok dulu video kat bawah ni untuk lebih jelas cara membuat asam pedas ni.
Bahan-bahan asam pedas ikan kembung:
- 2-3 ekor ikan kembung
- 1 biji tomato (belah 4)
- 1/2 sudu kecil serbuk kari
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 4 batang daun kesum
- 1 cawan air asam jawa
- 2 cawan air kosong
- Garam
- Serbuk perasa (jika suka)
Bahan kisar:
- 1-2 biji bawang besar
- 3-4 ulas bawang putih
- 10-15 tangkai cili kering (direbus)
Cara-cara:
- Bersihkan ikan. Perap seketika dengan garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing.
- Setelah garing, masukkan air asam jawa dan air putih. Tunggu kuah menggelegak.
- Masukkan daun kesum, ikan, serbuk kunyit, garam dan serbuk kari. Masukkan jugak serbuk perasa jika suka.
- Tutupkan periuk. Tunggu sehingga ikan masak. Kemudian masukkan tomato. Kacau sebentar dan tutup api.
Nota: Boleh tambah kacang bendi atau terung bulat sebagai rencah untuk menggantikan tomato.
Kalau nak dapatkan kuah yang pekat, boleh tambah bawang merah ataupun tomato yang dicincang halus. Tambah bunga kantan untuk menyedapkan lagi asam pedas ni dan memberi bau yang wangi. Tapi hari ni saya tak ada bunga kantan. Guna la apa yang ada je. ??
Ok Selamat memasak ..
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.