Assalamualaikum. Alkisah brownies coklat di hari raya baru-baru ni.. Raya tahun ni saya beraya di rumah mertua ni Klang. Raya pertama je kat sana. Raya kedua dah balik ke Pahang sebab tak banyak rumah nak pergi kat Klang. Semua saudara mara dah berkumpul satu rumah. So dah berjumpa dengan dorang semua kat situ. Jadinya raya kedua kami balik ke Pahang untuk lawat saudara mara belah saya pulak.
Raya kedua ni macam biasa tiap-tiap tahun ada saudara mara yang datang tidur kat rumah kami beramai-ramai. Nak dijadikan kisah, sepupu saya yang datang nun jauh dari Kedah, Nurul Hasanah, bawak la bekal brownies. Mula-mula tak tahu pun dia yang bawak brownies tu. Cuma nampak ada brownies 1 paket atas meja. Cuba makan sepotong.. “uih sedapnya brownies ni” ambil lagi 1.. “memang sedap, lembut, gebu” nak ambil lagi 1 tengok-tengok dah habis pulak. ? semua makan rebut-rebut sebab sedap sangat. Ada yang tak sempat nak rasa pun, dah licin dah browniesnya. Haha ?? Then semua tertanya-tanya siapa yang beli brownies tu, beli kat mana.. Rupanya sepupu saya yang buat sendiri. So cepat-cepat la saya mintak resepi brownies ni.
Asalnya saya memang tak minat makan brownies sebab rasa dia agak mampat berbanding kek. Tapi brownies yang Cik Nurul buat ni memang sedap, lembut, gebu dan yang penting tak rasa mampat macam brownies biasa. Suami saya yang tak suka makan kek dan brownies pun puji habis brownies ni. Sedap katanya. Ala-ala secret recipe gitu.. Hehe. ?? Ok jom saya kongsikan resepinya. Sesiapa yang tak berapa minat makan brownies tu boleh cuba resepi ni. Takkan menyesal punya la.. Mesti jatuh cinta dengan brownies lepas try resepi ni. Hehe.. Dan yang paling penting special thanks to my cousin, Nurul Hasanah for the super delicious brownies and for the recipe of coz.. ??
Kalau korang nak tengok cara buat brownies ni dengan lebih jelas, boleh tengok video kat bawah ni..
Bahan-bahan:
- 400gm coklat masakan (saya guna dark chocolate)
- 150gm butter
- 100gm tepung naik sendiri
- 50gm gula castor
- 100gm gula perang
- 30gm serbuk koko
- 1 sudu kecil esen vanila
- 4 biji telur gred A
Cara-cara:
- Cairkan coklat masakan dan butter secara double boil. Gaul rata (bahan A).
- Pukul telur bersama gula castor, gula perang, esen vanila (bahan B).
- Dalam bekas lain, satukan koko dan tepung naik sendiri dan ayakkan (bahan C).
- Masukkan bahan A ke dalam B. Kacau rata. Kemudian masukkan bahan C sedikit demi sedikit ke dalam adunan A dan B tadi. Gaul rata.
- Oleskan loyang dengan mentega dan alaskan dengan kertas pembakar (baking paper). Tuang adunan brownies ke dalam loyang.
- Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 180°C selama 30-40 minit @ sehingga masak.
Ok tu je.. Senangkan? Kalau ikut resepi asal, gula castor yang digunakan sebanyak 100gm tapi saya kurangkan kepada 50gm sebab saya tak suka terlalu manis. Sesiapa yang suka manis boleh letak 100gm ikut resepi asal. Cuma pada selera saya 50gm gula tu dah ok sesedap rasa. Serbuk koko pulak kalau agak-agak susah nak sukat 30gm (sebab sikit), boleh sukat guna sudu. 30gm serbuk koko lebih kurang 4 sudu besar. Ok siapa yang ada soalan tentang resepi brownies ni boleh komen kat bawah. ??
Â
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.