Masak Lemak Pucuk Kurma

Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsi tentang resepi masak lemak pucuk kurma dan juga sayur pucuk kurma itu sendiri. Ha…siapa yang pernah dengar nama pucuk kurma ni @ pernah tengok? Pucuk kurma ni sejenis sayuran. Mungkin ramai yang tak tahu. Saya sendiri pun tak pernah dengar nama sayur pucuk kurma ni. Tapi sebenarnya selama ni pucuk kurma ni ada je tumbuh kat belakang rumah mak saya di kampung. Cumanya mak saya sendiri pun tak pernah kutip dan memperkenalkan pucuk kurma ni pada anak-anak. Hehe. Lagipun rupa pucuk kurma ni memang macam rumput je. Jadi kalau nampak pun memang tak akan tanya sayur apa tu sebab anggap dia adalah rumput yang suka-suka tumbuh meliar kat belakang rumah. ?
Masak Lemak Pucuk Kurma
Gambar kat bawah ni la pucuk kurma. Yang ni mak saya baru kutip. Gemuk-gemuk je daunnya. Mungkin sebab jarang-jarang petik, dia boleh hidup dengan sihatnya. Kalau nak masak pucuk kurma ni cuma ambil daunnya saja. Batangnya kena buang sebab keras. Tak sesuai untuk di makan. Rasa dia pulak lebih kurang macam pucuk ubi. Ada sikit rasa pahit lemak-lemak gitu tapi memang sedap. Cara masak pula boleh goreng macam goreng sayur biasa atau pun buat masak lemak. Masak cara yang lain saya belum pernah cuba lagi. Tapi kali ni saya nak kongsikan cara masak lemak pucuk kurma..

Masak Lemak Pucuk Kurma
Inilah pucuk kurma

Bahan-bahan :

  • Pucuk kurma
  • 2-3 cawan santan
  • 3 biji bawang merah
  • Sedikit ikan bilis@udang kering
  • 8-10 tangkai cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 1 inci kunyit hidup@sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula (jika suka)

Cara-cara :

  1. Tumbuk lumat @ kisar bawang merah, ikan bilis, cili padi dan kunyit.
  2. Tumiskan bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
  3. Masukkan santan. Kacau sentiasa sehingga santan menggelegak.
  4. Masukkan pucuk kurma. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga pucuk kurma lembut.

Nota:

Boleh terus masukkan santan bersama bahan tumis ke dalam periuk tanpa menumis.

Masak Lemak Pucuk Kurma


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top