Spaghetti Carbonara Simple

Assalamualaikum..

Aktiviti hujung minggu macam biasa membeli belah stok barang-barang dapur dengan suami dan anak-anak. Selalunya saya list semua barang yang nak di beli supaya lebih senang dan cepat nak beli sambil nak bawak anak-anak kecil. Tapi walaupun dah buat list, kadang-kadang terbabas jugak beli bende lain yang tak ada dalam list tu. Hehe.. Macam 2 minggu lepas saya terbeli sos prego carbonara. Hehe. Bukan terbeli sebenarnya tapi lebih kepada sengaja beli sebab dah lama tak makan spaghetti carbonara. 😁😁 tapi bila dah beli tu tak buat-buat pun lagi spaghetti tu. Dah 2 minggu tersimpan kat dalam almari, baru hari ni terasa nak makan spaghetti.

Anak-anak saya memang suka sangat la spaghetti carbonara ni sedap rasa lemak berkrim dan yang penting tak pedas. Untuk diri sendiri pulak saya buat version pedas. Tambah cili padi masa menumis bawang. Ala-ala asian + western gitu la.. Haha. Biasa la orang-orang kita ni makan mesti nak rasa pedas-pedas sikitkan. Baru ada feel makan tu.

Bila dah ada sos prego ni, nak masak spaghetti ni memang senang sangat la. Tak perlu banyak bahan. Rasa pun memang di jamin sedap sebab sos tu sendiri dah ada rasa. Cuma perlu tambah sikit bahan perasa dan lauk pauk je. Ok jom layan dulu resepi kat bawah ni..

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket spaghetti
  • 1 tin sos prego carbonara
  • 1/2 tin cendawan butang
  • 4 batang sosej
  • Sedikit isi ayam (didadu)
  • 3-4 ulas bawang putih (didadu)
  • 1/2 biji bawang Holland (didadu)
  • 1 cawan susu segar (anggaran) *boleh gantikan dengan air biasa
  • Serbuk lada hitam (optional)
  • Serbuk lada sulah (optional)
  • Serbuk oregano (optional)
  • Garam
  • Minyak (untuk menumis)

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam. Biar sehingga separuh masak. Kemudian masukkan sosej.
  3. Masukkan sos prego. Gaul rata. Diikuti dengan susu segar.
  4. Kemudian masukkan cendawan. Biarkan mendidih seketika. Boleh tambah air jika terlalu pekat.
  5. Tambahkan sedikit lada hitam, lada sulah, serbuk oregano dan garam mengikut citarasa masing-masing. Gaul sehingga sebati. Dia siap..
  6. Rebuskan spaghetti bersama sedikit garam dan minyak. Bila dah lembut, tos dan ketepikan.

Nota:

  • Semua serbuk-serbuk lada dan perasa boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing. Kalau tak ada pun ok je. Kalau ada tu lagi best.
  • Kalau nak lebih creamy, boleh tambah cheese.

Ok siap dah.. Senang je kan.. Selain ayam dan sosej, boleh tambah udang, sotong @ daging. Masa buat ni saya cuma ada ayam je. Cendawan pun tak ada. Hehe. Guna je la apa yang ada. Tambah dengan daun parsley lagi sedap. Tapi saya cuma tabur dengan daun bawang je pun. Itu je yang ada. Hehe. Janji sedap.. 😋😋😋


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply