Chocolate Lava Cheese Cake a.k.a Kek Hantu

Assalamualaikum..

Kek coklat moist cheese lava meleleh super sedap yang berhantu dan menghantui semua penggemar kek. Ha tu la tajuk kek hari ni. Haha.. Panjang betul nama dia. Mana asalnya nama kek hantu ni? Saya pun tak pasti. Mungkin sebab kek ni tersangat sedap sampai boleh menghantui orang yang makan tu kot. Bila kek ni dah jadi viral kat Facebook, ramai jugak yang berkongsi resepi. Yang menjual pun ramai jugak. Memang kesedapan kek ni mendapat permintaan ramai.

Ok nak cerita pasal kek ni pulak.. Resepi keseluruhan kek cheese lava ni saya ambil daripada blog azlita. Cuma saya ada olah sikit ikut citarasa dan bahan yang saya ada kat rumah. Heh. Boleh tengok blog azlita untuk resepi asal. Resepi kek coklat ni pulak saya gunakan resepi kek coklat moist anis. Biasa banyak kek moist anis ni jual kat Petronas. Siapa nak cuba boleh cari kat Petronas. Tapi selalu cepat habis kek ni. Resepi ni dikongsi sendiri oleh pengasasnya, Anis. Cuma dalam resepi saya ni, saya kurangkan susu dan gula sebab krim cheese dah manis. Resepi asal menggunakan 1 cawan susu pekat dan 1 cawan gula kastor. Jadi terpulang kepada citarasa masing-masing untuk buat kek yang kurang manis atau tidak. Susu cair pulak boleh digantikan dengan susu segar atau UHT whipping cream.

Walaupun kek hantu ni banyak step nak buat, tapi setiap step tu sangat mudah nak buat. Macam kek coklat ni sendiri tak perlu pukul menggunakan mixer dengan lama. Cuma perlu dimasak sekejap je atas dapur. Kek ni boleh di kukus atau di bakar. Kalau bakar, gunakan kaedah bain marie @ steam bath @ water bath (banyak nama dia) Hehe. Sebelum korang cuba resepi ni boleh tengok dulu video kat bawah supaya lebih mudah faham step by step buat kek coklat cheese lava yang berhantu ni.

Bahan untuk Kek Coklat Moist:

Bahan A:

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan serbuk koko
  • 3/4 cawan gula kastor

Bahan B:

  • 2 biji telur (pukul sekejap. Ketepikan)

Bahan C:

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 sudu kecil garam

*kalau guna tepung gandum, tambahkan 1/2 sudu teh soda bikarbonat dan 1/2 sudu teh baking powder

Cara-cara:

  1. Satukan ke semua bahan A ke dalam periuk. Masakkan atas dapur sehingga gula larut (kacau guna whisk). Gunakan api yang sangat perlahan.
  2. Masukkan telur yang telah di pukul. Kacau sekejap.
  3. Masukkan bahan C (ayak bersama terlebih dahulu). Masak sekejap je sambil kacau sehingga tepung larut.
  4. Isikan adunan ke dalam loyang @ bekas kukus (1/2 daripada bekas). Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Tutup loyang dengan plastik atau bungkuskan penutup kukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitis ke atas kek.

Bahan untuk Krim Cheese Leleh:

  • 250 gm cheese
  • 250 ml UHT whipping cream (boleh tambah kalau nak banyak krim)
  • 4 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara:

  1. Putarkan cheese bersama susu pekat sehingga lembut dan sebati.
  2. Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga kental.

*jangan terlebih pukul sebab whipping cream boleh jadi cair kalau terlebih pukul.

Bahan untuk Topping Coklat:

  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 3/4 cawan UHT whipping cream

Cara-cara:

  1. Cairkan coklat masakan secara double boil.
  2. Masukkan butter. Kacau sebati.
  3. Masukkan UHT whipping cream. Kacau lagi sehingga sebati.

*kalau nak lebih sedap, boleh tambah paste hazelnut @ Nutella ke dalam topping coklat ni.

Cara untuk menghidangkan kek:

  1. Ambil sedikit krim cheese untuk dilorekkan di atas topping coklat nanti. Boleh tambah sedikit coklat@hazelnut@nutella@nescafe jika suka.
  2. Potong kek kepada 2 bahagian. (pastikan kek disejukkan terlebih dahulu)
  3. Letakkan separuh krim cheese di atas lapisan kek yang bawah.
  4. Kemudian lapiskan dengan potongan kek lagi 1.
  5. Letakkan lagi lebihan cheese tadi di atas kek.
  6. Masukkan kek ke dalam peti ais lebih kurang 2 jam untuk mengeraskan sedikit krim cheese.
  7. Tuang topping coklat ke atas kek yang telah di lapiskan dengan cheese tadi. Lorekkan topping coklat mengikut kreativiti masing-masing.

OK dah siap dah.. Walaupun nampak macam leceh nak buat dan banyak step, tapi sebenarnya semua step tu mudah je. Kek yang sangat patut dicuba. Sekali hadap habis 1 loyang. Heh. Selamat mencuba.. ☺☺


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply