​Chicken Cheesy Balls

Assalamualaikum…

Sarapan pagi ni saya sediakan chicken cheezy ball untuk anak-anak. Lebih kurang macam buat nugget jugak, tapi yang ni lebih sedap sebab ade tambahan cheese kat dalamnya. Anak-anak yang suka makan nugget mesti suka makan chicken cheezy ball ni. Lagi sihat sebab tak ada bahan pengawet.

Selain ayam kisar, boleh jugak guna daging kalau suka. Cuma kena tukar nama sikit la kot. Tak boleh guna chicken cheezy ball. 😅 kalau nak buat banyak, boleh gandakan bahan-bahan ni. Kemudian boleh simpan sejuk beku. Bila-bila nak makan tinggal goreng je la. Bahan-bahan dalam bebola ni pulak boleh tambah ikut kegemaran masing-masing.

Boleh tambah serbuk lada sulah ke, serbuk cili ke kalau nak pedas-pedas sikit, daun bawang @ daun sup ke.. Ikut la selera masing-masing. Untuk cheese pulak, boleh gunakan mana-mana cheese yang korang suka. Nak guna semuanya pun boleh. Lagi banyak cheese, lagi sedap. Dalam resepi ni saya gunakan mozzarella dan cheddar cheese.

Kat bawah ni saya ada kongsikan video cara nak buat chicken cheezy ball ni. Korang tengok la dulu ok.. Enjoy!!

Bahan-bahan :

  • 200g Ayam Kisar
  • Cheese (Mozzarella/Cheddar/Parmesan)
  • Serbuk Roti (Breadscrumb)
  • 100g Tepung Ubi (anggaran)
  • 2 Biji Kentang
  • 1 Biji Telur (Putih Sahaja)
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano

Cara-cara membuat:

  1. Kupas kentang dan rebuskan sehingga empuk. Tos dan lenyekkan kentang sehingga hancur.
  2. Campur kentang lenyek tersebut bersama ayam kisar.
  3. Masukkan garam, lada hitam dan oregano.
  4. Campurkan tepung ubi secukupnya (masukkan sedikit semi sedikit sehinggalah adunan boleh dibentuk)
  5. Bentukkan adunan tadi menjadi bebola.
  6. Masukkan cheese ke dalam bebola tadi.
  7. Pukul putih telur sehingga sedikit kembang.
  8. Celupkan bebola ke dalam telur. Kemudian celup pula ke dalam serbuk roti.
  9. Goreng bebola sehingga kekuningan dengan api sederhana.

Siap untuk dihidangkan.. Sedap macam ni bukan takat anak-anak je suka. Mak bapak pun suka jugak.. 😅😅 ok selamat mencuba..


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply