Ayam Masak Sambal Bali

Assalamualaikum. Menu masakan tengah hari ni ayam masak sambal bali. Mana saya dapat resepi ni? Kat Facebook la.. Hehe.. Belek-belek Facebook ternampak pulak resepi ayam sambal bali ni. Nampak sedap dan menyelerakan. So saya cuba la buat. Tapi saya pun tak tahu kenapa nama resepi ni ayam sambal bali dan mana asalnya. Masa pergi Bali dulu tak ada pulak saya jumpa masakan ni kat sana. ??

Cara nak masak ayam sambal bali ni tak jauh beza sangat macam kita masak ayam sambal yang biasa tu. Cuma ada tambahan sikit bahan lain macam serai dan daun kari. Resepi ni memang banyak menggunakan serai dan daun kari. Lagi banyak lagi sedap dan menambahkan aroma rasa ayam masak sambal bali ni.

Tengok resepi yang senang dan bahan yang mudah, so hari ni saya cuba la buat ayam sambal bali ni. Sesekali kita tukar citarasa sikit. Ok jom tengok resepi ayam sambal bali yang sangat senang nak buat ni. Boleh tengok video cara penyediaannya kat video bawah ni.

Bahan-bahan Ayam masak sambal bali:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sb kicap
  • Gula
  • Garam
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)

Bahan kisar :

  • 10-15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • Sedikit belacan (optional)

Cara-Cara:

  1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Gorengkan ayam. Angkat dan ketepikan.
  3. Buang sedikit minyak lebihan goreng ayam. Kemudian tumis serai sehingga sedikit keperangan.
  4. Masukkan daun kari. Tunggu sehingga garing.
  5. Masukkan bahan-bahan kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak dan garing.
  6. Perasakan dengan garam dan gula serta masukkan kicap. Seimbangkan rasa.
  7. Kemudian masukkan ayam dan hirisan bawang. Kacau sebentar dan masak lagi lebih kurang 10 minit sehingga ayam sebati dengan sambal.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Ok dah siap.. ???

Nota:

  • Kalau nak sambal banyak, boleh lebihkan bahan-bahan kisar.
  • Lagi banyak serai dan daun kari, lagi sedap.

ayam masak sambal bali


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

3 Comments »

Leave a Reply