Makaroni Cheese Bakar

Assalamualaikum…

Entry kali ni saya nak kongsikan resepi western pulak. Sesekali kita tukar la selera pulakkan. Resepi ni walaupun banyak step nak buat, tapi setiap step tu senang je nak buat. Mula-mula kita goreng makaroni macam biasa, kemudian buat sos putih yang simple dan bakar. Bahan-bahan untuk menggoreng makaroni ni boleh buat ikut kegemaran masing-masing sama ada nak tambah lauk atau sayur atau tambah kepedasan ikut selera sendiri. 

Kat bawah ni saya sediakan video cara nak buat makaroni bakar ni. Jom tengok. Lepas tengok ni mesti lapo dan terus rasa nak buat resepi ni. Hehe.. Enjoy ok! ☺☺

Bahan-bahan :

  • 150 gram makaroni
  • 100 g daging/ayam cincang
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 ulas bawang merah (cincang)
  • 1/2 labu bawang holland (cincang)
  • 6 sudu besar sos spageti
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu besar pes cili (kalau nak pedas)
  • Sayur campuran
  • Tomato (potong dadu)
  • Daun sup
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk oregano/mixed herb/Italian herb

Bahan Sos Putih :

  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • Serbuk oregano/lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 @2 keping cheese
  • Garam
  • Gula

Cara-cara :

  1. Rebus makaroni sehingga lembut dengan sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan kesemua bahan sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan pes cili. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam/daging cincang. Kacau sebentar.
  5. Masukkan tomato puri, sos spegati, sos cili dan sos tiram.
  6. Tambahkan garam, gula dan serbuk oregano secukupnya.
  7. Masukkan sayuran campuran. Kacau sehingga sayur agak layu.
  8. Masukkan pula tomato. Kacau sekejap.
  9. Akhir sekali masukkan makaroni. Gaul rata dan seimbangkan rasa.

Cara membuat sos putih:

  1. Cairkan butter. Masukkan cheese. Kacau sehingga  cheese cair.
  2. Masukkan susu segar. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan garam, gula dan oregano@lada sulah secukupnya.
  4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga sos  menjadi pekat.

Cara membakar makaroni :

  1. Masukkan makaroni yang telah digoreng ke dalam loyang pembakar.
  2. Tuangkan sos putih. Gaul rata. (boleh tambahkan beberapa keping cheddar cheese di dalam makaroni)
  3. Taburkan cheese (cheddar, mozzarella, pizza topping) yang diparut ke atas makaroni.
  4. Bakar pada suhu 170°c selama 20-30 minit. Api bawah.

wp-image-400904974jpeg.jpeg

wp-image-190871832jpeg.jpeg

wp-image-1729384422jpeg.jpeg

wp-image-1174280691jpeg.jpeg


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

2 Comments »

Leave a Reply