Cheese Brownies | Brownies Keju

Assalamualaikum. Sebelum ni saya dah pernah kongsikan resepi brownies coklat. Boleh tengok resepinya disini. Kali ni saya nak kongsikan pula resepi cheese brownies. Resepi brownies yang sama. Cuma kali ni saya tambahkan cheese diatasnya untuk menyedapkan lagi brownies ni.. Siapa peminat cheese boleh la cuba resepi ni.  

Resepi brownies ni saya dapat daripada sepupu saya yang menjual brownies. Memang sangat sedap. Dah dapat resepi dan mintak izin dia, saya kongsikan resepi brownies yang super sedap ni kat sini. Resepi cheese diatasnya pula saya ambil daripada kakak saya dan saya terus tengok juga di beberapa blog masakan yang lain.

Video cara buat cheese brownies ni saya kongsikan kat bawah. Boleh tengok dulu ok.  ??

Bahan Brownies:

  • 400gm coklat masakan (saya guna dark chocolate)
  • 150gm butter
  • 100gm tepung naik sendiri
  • 50gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 30gm serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 biji telur gred A

Cara-cara:

  1. Cairkan coklat masakan dan butter secara double boil. Gaul rata (bahan A).
  2. Pukul telur bersama gula castor, gula perang, esen vanila (bahan B).
  3. Dalam bekas lain, satukan koko dan tepung naik sendiri dan ayakkan (bahan C).
  4. Masukkan bahan A ke dalam B. Kacau rata. Kemudian masukkan bahan C sedikit demi sedikit ke dalam adunan A dan B tadi. Gaul rata.
  5. Oleskan loyang dengan mentega dan alaskan dengan kertas pembakar (baking paper). Tuang adunan brownies ke dalam loyang.
  6. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 180°C selama 30-40 minit @ sehingga masak.

Nota:

Simpan sedikit adunan brownies untuk hiasan.

Bahan Cheese:

  • 350 gram cream cheese
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil jus lemon

Cara-cara :

  1. Putarkan cream cheese bersama gula sehingga rata.
  2. Masukkan pula telur dan jus lemon dan putar lagi sehingga berkrim.
  3. Letakkan cheese diatas brownies yang telah masak dan buatkan corak marble menggunakan lebihan adunan brownies tadi.
  4. Bakar lagi 10-15 minit pada suhu 150-160°c menggunakan api atas sahaja.

Ok dah siap dah.. Potong cheese brownies ni bila dah sejuk supaya lebih senang. Kalau masih panas, agak susah nak dapatkan potongan yang cantik. Tapi kalau dah tak sabar boleh la ngap masa panas tu.. Hehe.. Jom layan gambar kat bawah ni. ??

cheese brownies

cheese brownies

cheese brownies

cheese brownies


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

22 Comments »

  1. Assalammualaikum sis. Saya mohon share resepi brownies cheese ni ye. Saya ambil untuk menjual dan tambah lagi resepi brownies yg memang sedia ada. Minta halal ye.

Leave a Reply