Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum..

Minum petang hari ni saya buat kuih bakar pandan. Terliur pulak nak makan sebab dah lama tak buat. Kuih ni nak buat senang je. Saya bakar menggunakan oven. Kalau tak ada oven, boleh jugak bakar atas dapur biasa. Cuma perlu menggunakan acuan kuih bakar yang lebih tebal dan masak menggunakan api kecil. 

Sebelum ni saya dah pernah kongsikan resepi kuih bakar pandan ni. Boleh tengok resepinya disini. Cuma kali ni saya upgrade dengan video yang lebih menarik dan best. Hehe.. Boleh tengok videonya kat bawah ni ok..

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum (boleh tambah 2 sudu besar tepung kalau nak kuih yang kental sikit)
  • 1 cawan gula (kalau nak kurang manis letak 3/4)
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air pandan (1 cawan air + 3@4 helai daun pandan) *blend dan tapis
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen pandan
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • Secubit garam
  • Bijan

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali bijan) ke dalam bekas besar. Pukul sehingga sebati. (Boleh juga guna blender kalau nak lebih senang)
  2. Tapis adunan supaya tidak ada tepung yang berketul.
  3. Masukkan acuan yang di lenser minyak.
  4. Taburkan bijan.
  5. Bakar selama 1 jam pada suhu 180°C (ikut oven masing2). Gunakan api atas bawah.
  6. Boleh potong kuih bila dah sejuk.

Nota:

  • Kalau nak lebih kerak, boleh tambah masa membakar.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply