Ikan Sweet Sour

Assalamualaikum..

Resepi yang saya nak kongsikan kali ni saya ambil daripada salah satu buku resepi yang saya beli dah lama dulu. Masa awal-awal nak belajar masak kena la guna buku resepi. Hehe.. Kebanyakkan resepi dalam buku tu memang senang – senang je nak buat. Sebab tu saya beli. So sekarang saya nak share pulak resepi yang senang tu. Tapi saya ada olah sikit la ikut citarasa sendiri.

Resepi ikan sweet sour atau ikan masam manis ni boleh gunakan ikan apa-apa je. Selalu saya buat guna ikan kerisi. Tapi kali ni saya buat guna ikan talapia merah. Kalau ada ikan siakap atau ikan bawal lagi best. Tak kisah la ikan apa. Janji nama dia ikan. Haha.. Kalau nak buat guna ayam pun ok jugak. Cuma jarang-jarang masak sweet sour ni orang buat guna ayam. Saya dah pernah cuba. Sedap jugak. Kalau nak buat kelainan boleh la guna ayam untuk resepi ni.

Ok jom tengok dulu video resepi ikan masam manis kat bawah ni.. Ada macam-macam lagi video resepi yang lain kat YouTube channel kami. Boleh search “buat orang lapo” kat YouTube dan subscribe channel kami ok..

Bahan-Bahan:

Ikan

  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sued besar cili giling
  • 2 biji tomato
  • 1 mangkuk nenas yang dipotong kecil (mengikut citarasa anda ye)
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 2 biji bawling besar yang sudah dipotong bulat-bulat
  • Beberapa helai daun bawang untuk dijadikan hiasan

Bahan untuk dicincang :

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 cm halia
  • 2 ulas bawang putih

Cara Penyediaan :

  • Goreng ikan sehingga garing
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, putih dan halia yang sudah dicincang. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan tomato yang judah dihiris kasar dan selepas itu masukkan sos cili.
  • Campurkan sedikit air dan biarkan sehingga ia mendidih
  • Letakkan sos ikan, nenas dan bawnag besar sekali gus.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Apabila ia sudah siap dimasak, tuangkan kuah ke atas ikan yang sudah digorengkan tadi dan hiaslah mengikut kreativiti anda ye.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply