Ungkep Ayam 

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsikan resepi mak mertua saya pulak iaitu ungkep ayam. Kalau tak silap ni resepi orang Jawa. So nak sebut ungkep tu pun kena loghat Jawa sikit la ye. Nanti tak jadi pulak masakan ala Jawa. 😅😅 Rasa ungkep ni lebih kurang macam rendang jugak. Cuma dia tak menggunakan santan macam masak rendang yang biasa tu. Kalau hari raya dah boring buat rendang, boleh tukar selera sesekali buat ungkep ayam pulak. Sedap jugak ni makan dengan lemang dan ketupat. Nak masak ungkep ni pun lebih senang daripada masak rendang. Saya cuma blend semua bahan dan terus boleh dimasak. Kalau nak lebih rasa rendang lagi boleh tambahkan daun kunyit yang dihiris nipis.

Ok jom layan dulu video resepi kat bawah ni. Cuma dalam video ni saya tak ada letak daun kunyit. Then jangan lupa subscribe YouTube channel saya ok.. Boleh tengok lagi banyak resepi nanti. ☺☺

Bahan-bahan :

  • 6 ketul ayam
  • Sedikit air limau / 1-2 asam keping
  • Garam
  • Sedikit air
  • Minyak

Bahan kisar :

  • 1 batang serai
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah besar
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • Sedikit air

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam. Tambahkan sedikit air jika perlu. Gaul rata.
  3. Tutup kuali dan tunggu sehingga menggelegak.
  4. Masukkan air limau dan garam secukupnya. Tambah serbuk perasa jika suka.
  5. Gaul rata dan tutup periuk. Tunggu sehingga ayam masak. Kacau sekali sekala supaya ayam tak rentung.

Ok dah siap sedia untuk di makan.

Tips: Pastikan bahan tumis betul-betul masak supaya cili tak mentah.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply