Assalamualaikum. Kepada semua peminat brownies, hari ni saya nak kongsikan resepi brownies kedut yang mudah dan sangat sedap. Rasanya kalau bukan peminat brownies pun boleh jatuh cinta kot kalau rasa brownies ni. Heheh.. Brownies ni sangat moist kalau tak terlebih bakar. Cara buat pun sangat la senang nak simple. Tak perlu guna mixer pun. Guna senduk kayu yang ade kat dapur tu pun dah boleh buat dah brownies yang super sedap dan moist ni.
Kat bawah ni saya kongsikan sekali tips macam mana nak dapatkan kedutan kat atas brownies ni. Kalau nak lagi best, boleh tengok video yang senang untuk diikuti di bawah ni. Super easy ok!! Sambil-sambil tu jangan lupa untuk subscribe channel youtube kami.
Bahan-bahan untuk Brownies Kedut :
- 450 gram coklat masakan (saya guna dark coklat)
- 150 gram mentega
- 3 biji telur
- 150 gram gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 120 gram tepung naik sendiri
- 3 sudu besar serbuk koko
Cara-cara :
- Ayak tepung bersama serbuk koko. Ketepikan.
- Cairkan coklat bersama mentega.
- Dalam bekas lain, kacau telur, gula perang dan esen vanila sehingga sebati. (guna whisk)
- Masukkan coklat yang telah dicairkan tadi semasa coklat masih panas. Kacau sebati.
- Masukkan tepung dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang. (panaskan oven terlebih dahulu)
- Bakar pada suhu 200°C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180°C dan bakar lagi selama 30 minit atau sehingga masak.
Tips:
- Gunakan coklat yang berkualiti untuk menghasilkan kedutan yang lebih nyata.
- Bakar pada suhu yang tinggi pada 10 minit pertama untuk menghasilkan kedutan.
- Jangan bakar terlalu lama untuk mendapatkan brownies yang lembut dan basah (moist).
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo