Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak kongsikan resepi muffin coklat permintaan salah seorang subscriber kami di YouTube channel Buat Orang Lapo. Rasanya ramai peminat coklat ni kot. Coklat, kek coklat, muffin @ cupcake coklat, semua yang berkaitan dengan coklat memang sedapkan… Terutamanya di kalangan kanak-kanak. Jadi saya kongsikan resepi muffin coklat yang simple ni. Mudah untuk kita buat untuk anak-anak yang suka makan kek. Boleh jugak buat hidangan masa raya nanti.. Hehe…
Muffin ni kalau nak sedap guna la coklat yang berkualiti. Dan jangan terlebih bakar untuk mengelakkan muffin menjadi terlalu kering.
Jom layan dulu video yang saya buat ni.
Bahan-bahan untuk Muffin Coklat
Bahan A
- 2 biji telur
- 1 cawan gula perang
- 100 ml susu segar
- 120 ml minyak jagung
- 1/2 sk esen vanilla
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit untuk tabur)
Cara cara:
- Satukan semua bahan A di dalam bekas. Kacau sebati. (guna whisk)
- Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
- Masukkan bahan yang diayak ke dalam bahan A tadi. Gaul rata.
- Masukkan pula coklat chip. Gaul sedikit.
- Tuang adunan ke dalam cup (3/4 penuh) dan taburkan chocolate chips di atas nya sebagai haisan.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
Nota:
- Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap dan moist.
- Gula perang boleh digantikan dengan gula kastor.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.