Ayam Masak Halia Sedap

Assalamualaikum…

Menu berbuka hari ni ayam masak halia. Buat untuk sahur pun boleh ni sebab senang je. Main campak-campak je bahan. Hehe.. Sempat la nk masak pepagi tu kan.. Elok makan halia ni untuk buang angin dalam badan. Bole buat selalu kalau nak buang banyak angin 😅 Dalam resepi ni saya gunakan cili padi. Kalau tak nak pedas sangat boleh tukar guna cili besar sebab serbuk lada hitam dah ada rasa pedas.

Jom tengok dulu video ayam masak halia kat bawah ni. Lepas tu boleh la subscribe YouTube Channel buat orang lapo kalau nak dapat resepi-resepi yang terbaru dan best. ☺☺

Bahan-bahan :

  • 200 gram ayam
  • 1 labu bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3 tangkai cili padi merah @ 1 cili besar (dihiris)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • Lobak merah (potong kecil)
  • Lada benggala (potong kecil)
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Sedikit garam

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang dihiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, sos tiram dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga ayam separuh masak.
  3. Masukkan lobak merah dan sedikit air. Tunggu sehingga lobak lembut.
  4. Tambahkan pula capsicum dan masukkan garam secukup rasa. *boleh tambah sedikit gula jika suka.
  5. Bancuhkan air bersama tepung jagung dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau sebentar. Tutup api.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply