Assalamualaikum. Raya dah nak dekat ni. Jom kita belajar buat biskut raya pulak. Kali ni saya nak buat Biskut Butter. Tak raya pun boleh buat biskut ni sebagai kudap-kudap. Hehe. Anak-anak saya memang suka sangat makan biskut. So selalu jugak la saya buat biskut yang simple macam ni untuk dorang. Sebelum buat biskut yang susah-susah, kita cuba buat biskut yang senang ni dulu. Dah la senang, sedap pulak tu. ?? Kalau nak lebih sedap biskut ni, gunakan mentega asli (pure butter). Walaupun harganya agak mahal sikit berbanding mentega biasa, tapi rasa dia memang berbeza dan sangat sedap.
Kalau nak tengok betapa senangnya buat biskut mentega ni, jom tengok video yang saya sediakan kat bawah ni.
Bahan-bahan untuk Biskut Butter :
- 125 gm mentega
- 45 gm gula aising
- 1 sk esen vanila
- 1 biji kuning telur
- 140 gm tepung gandum
- 2 sb tepung jagung
- 1/4 sk serbuk penaik
Cara-cara :
- Pukul mentega bersama gula aising dan esen vanila dengan menggunakan senduk @ whisk.
- Masukkan kuning telur. Pukul rata.
- Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik bersama.
- Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Uli sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe ke atas loyang. Atau buatkan apa-apa bentuk kesukaan masing-masing.
- Bakar pada suhu 150°C selama 20-25 minit atau sehingga kekuningan.
Nota:
- Pastikan mentega berada pada suhu bilik.
- Boleh tambahkan apa-apa hiasan di atas biskut seperti badam, sprinkle dan lain-lain.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.