Chocolate Lasagna yang sangat sedap

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya semua.. Maaf zahir batin. Baru nak ucap.. Hehe.. Rasanya belum terlambatkan nak ucap selamat hari raya. Raya sebulan ni mesti yang ramai pergi open housekan. Dan mesti ramai jugak yang buat open house. So hari ni saya nak tunjukkan cara nak buat chocolate lasagna sebagai salah satu menu pencuci mulut semasa open house korang nanti ok.. Best tau. Rugi kalau tak cuba. 

Nak buat chocolate lasagna ni memang agak lama sikit sebab ada 3 layer yang perlu dibuat. Tapi hasilnya memang sangat-sangat berbaloi la. Confirm tetamu yang datang nanti puji kesedapan chocolate lasagna ni. Hehe.. So kalau jemput tetamu yang ramai, lebih baik korang sediakan bahan yang lebih supaya boleh buat 2 ke 3 adunan. ?? Nanti tak cukup. Kesian pulak tetamu yang datang.

Ok jom tengok video kat bawah ni supaya korang lebih terliur dengan kesedapan chocolate lasagna ni. Heheh.. Sebenarnya suami saya yang buat chocolate lasagna ni. Boleh tengok tangan dia kat dalam video ni. Hehe. Maksudnya resepi ni tak la susah sangat pun nak buat sebab orang laki pun boleh buat. Apatah lagi orang perempuankan.. Dah tengok tu boleh la subscribe, like dan share video kami ye. Ada banyak lagi video – video best kat channel kami. Ok jom layan dulu video Chocolate Lasagna ni. ??

Bahan-bahan untuk Chocolate Lasagna

Bahan-Bahan A:

  • 36 ketul oreo
  • 6 sudu besar mentega (cairkan)

Cara-cara :

  1. Kisar atau ketuk-ketukkan Oreo bersama krimnya sekali sehingga hancur.
  2. Masukkan mentega. Gaul rata.

Bahan-Bahan B:

  • 250 gm cream cheese
  • 1 cawan whipping cream (bukan tenusu)
  • 60 gm gula kastor
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-Cara:

  1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga gebu.
  3. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
  4. Di dalam bekas yang lain, pukul whipping cream hingga kental.
  5. Kemudian kaup balik whipping cream bersama cream cheese sehingga sebati. Ketepikan.

Bahan-Bahan C

  • 30 gm tepung jagung
  • 100 gm gula kastor
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 3 cawan susu segar
  • 200 gm dark chocolate
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar serbuk koko

Cara-Cara:

  1. Campurkan tepung jagung, gula dan garam ke dalam bekas.
  2. Kemudian campurkan susu segar dan kacau sehingga sebati. Masak di atas dapur secara double boil.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan pekat.
  4. Masukkan coklat cincang dan kacau sehingga puding kental.
  5. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  6. Biarkan adunan sejuk sebentar.

Cara Melapis:

  1. Masukkan bahan A ke dalam bekas besar dan ratakan.
  2. Kemudian masukkan separuh bahan B. Sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 15 minit.
  3. Masukkan pula ke semua bahan C. Ratakan. Sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 15 minit.
  4. Ratakan pula lebihan bahan B tadi diatasnya.
  5. Akhir sekali taburkan apa-apa hiasan mengikut kesukaan masing-masing.

chocolate lasagnachocolate lasagnachocolate lasagnachocolate lasagna


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top