Cucur Roti Simple dan Sedap

Assalamualaikum. Viral cucur manis @ cucur kembung tengah melanda sekarang kat Facebook.. Saya pun nak buat jugak la cucur tapi yang saya nak buat ni bukan cucur viral. Saya nak kongsikan cucur roti. Hehe. Sebenarnya dah lama saya tau pasal cucur roti ni. Cumanya tak pernah cuba buat pun. Kebetulan pulak baru-baru ni sepupu saya ada tunjukkan cucur roti yang dia buat. Nampak sedap pulak cucur roti dia. Dia buat sebab roti kat rumah dah nak expired katanya. Roti kat rumah saya pulak tak pernah cukup. Asyik habis je. Tak sempat nak expired pun selalunya. Hehe. Sebab anak-anak memang suka makan roti. So saya pun suruh la suami pergi beli roti semata-mata nak buat cucur roti yang sedap ni.

Resepi asal cucur roti ni saya ambil daripada blog sistercookingproject2.blogspot.my. Boleh visit blog ni kalau nak tengok resepi lain jugak yang best-best. Saya ada jugak buat video tutorial untuk cucur roti ni. Jom layan video dulu kat bawah ni ok.. ☺☺

Bahan-bahan untuk Cucur Roti :

  • 5 keping Roti Putih (carik-carikkan)
  • 2 biji Bawang Kecil (hiris)
  • 1@2 biji Telur
  • 1 buku Kiub (Ikan Bilis/Ayam)
  • Daun Kucai (potong panjang)
  • Carrot (potong halus panjang@sagat)
  • Cili (hiris) *kalau nak pedas

Cara-cara :

  1. Masukkan ke semua bahan ke dalam bekas besar kecuali cili.
  2. Ramas-ramaskan sehingga sebati.
  3. Masukkan pula cili. Gaul sebati.
  4. Bulat-bulatkan adunan tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan.

Nota :

  • Tak perlu tambah garam sebab kiub dan masin dan berperasa.
  • Boleh tambah bahan-bahan lain ikut citarasa masing-masing.

cucur roticucur roticucur roti


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

1 Comment »

Leave a Reply