kek milo

Kek Milo Kukus yang Mudah

Assalamualaikum… Hari ni saya nak buat kek milo kukus pulak. Kek yang pernah menjadi viral sebelum ni tapi resepi yang saya buat ni bukan resepi viral. Hehe. Resepi kek milo viral ini hanya menggunakan 2 bahan sahaja untuk membuatnya. Saya masih belum berkesempatan untuk untuk  mencuba versi viral tu. Mungkin lain kali kalau ada masa saya akan cuba pulak.

Resepi yang saya kongsikan ni walaupun banyak bahan daripada kek milo viral tu, tapi tetap senang dan mudah untuk disediakan. Resepi ni lebih kurang resepi kek coklat kukus yang pernah saya buat sebelum ni. Cuma saya gantikan serbuk koko dengan milo. Peminat tegar milo boleh la cuba resepi ni ok.. Jom layan dulu video tutorial nak buat kek milo ni. Confirm sedap sehingga menjilat jari.

Bahan-bahan untuk kek milo:

  • 1 cawan milo
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak jagung/masak
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara membuat kek milo:

  1. Satukan milo, gula, susu pekat, minyak dan air panas di dalam periuk dan masakkan sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
  2. Pukul telur bersama esen vanila sehingga kembang.
  3. Masukkan adunan milo tadi ke dalam telur. Pukul sehingga rata.
  4. Masukkan pula tepung dan gaul sehingga sebati.
  5. Kukus selama 1 jam.

Bahan-bahan (Topping) :

  • 1/2 cawan milo
  • 1 sudu mentega
  • 1 sudu air panas
  • 1/2 cawan susu pekat

Cara-cara :

  1. Masakkan ke semua bahan secara double boil sehingga sebati dan pekat.
  2. Tuang ke atas kek yang telah masak.

Nota :

  • Jika menggunakan tepung gandum, tambahkan 1sk baking powder dan 1/2sk soda bikarbonat. Ayak bersama tepung.
  • Boleh gantikan milo dengan serbuk koko untuk membuat topping.

kek milowp-image--522286988kek milo


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top