Assalamualaikum. Entry saya sebelum ni saya dah tunjuk cara-cara nak buat kulit tart. Kali ni saya nak kongsikan pula cara nak buat cheesenya iaitu cheese tart. Yang ni lagi senang nak buat. Bahan pun sikit je. Kalau ada yang belum tengok cara nak buat kulit tart, boleh klik kat link ni. Dah terer buat kulitnya boleh buat cream cheese pulak. Hehe..
Biasanya cheese tart ni glamor dengan blueberry. Ada rasa masam-masam blueberry sikit tambah dengan rasa manis cheese kat atasnya memang sedap tak terkata. Hehe.. Tapi kalau tak suka blueberry boleh letak inti yang lain macam strawberry ke coklat ke nutella ke.. Ikut la kegemaran masing-masing.
Rasanya kalau nak beli cheese tart ni kat luar, harga makin mahalkan zaman sekarang ni. Baik kita belajar buat sendiri la. Boleh makan puas-puas. Senang je nak buatnya. Kalau tak percaya tengok video kat bawah ni. Lepas tengok nanti confirm korang teringin nak buat sendiri. Hehe.. Next entry saya share resepi cheese tart yang lain pulak ye.
Bahan-bahan untuk cheese tart:
- 250 gram krim keju (cream cheese)
- 60 gram gula aising
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara-cara :
- Putar cream cheese dan gula aising sehingga kembang.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam piping beg.
- Masukkan inti blueberi/coklat ke dalam kulit tart.
- Pipingkan adunan cheese sehingga penuh ke dalam kulit tadi.
- Lorekkan atas cream cheese dengan pewarna.
- Bakar selama 10 minit pada suhu 160°c. Letakkan tray di bahagian bawah sekali di dalam oven dan gunakan api atas bawah.
Nota :
- Keluarkan cream cheese lebih kurang 30 minit sebelum digunakan. Jangan sampai mencapai suhu bilik supaya cheese tidak terlalu cair untuk dimasukkan ke dalam kulit tart.
- Boleh masukkan inti kegemaran masing-masing.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.