Puding Milo Oreo

Assalamualaikum. Baru-baru ni viral di Facebook Puding Milo Oreo. Ada yang bagi nama Puding Milo Oreo Wannacry. Mungkin rasa puding ni sedap sangat sampai makan pun rasa nak menangis kot. Haha…

Rasenye puding ni dah pernah glamor dulu. Tapi dulu punya viral tak sehebat viral sekarang. Hehe. Saya dah banyak kali buat sebelum ni tapi tak pernah lagi buat video. Sebab ade yang request, saya buat la video untuk share ilmu dengan semua.

Selain dari pada Milo, boleh juga tukar dengan serbuk koko atau Vico atau bahan lain yang seangkatan dengannya. Hehe. Kalau nak buat perisa sirap bandung pun sedap juga. Tapi yang ni mungkin kena tukar tajuk la. Hehe..

OK la jom layan dulu video Puding Milo Oreo wannacry kat bawah ni. ??

Bahan-bahan Puding Milo Oreo :

  • 10 gm agar-agar serbuk (1 peket)
  • 750 ml air
  • 130 gm gula (2/3 cawan)
  • 400 ml susu cair (1 tin)
  • 70 gm Milo (3/4 cawan)
  • 1 bungkus Oreo

Cara-cara :

  1. Masak air bersama serbuk agar-agar hingga larut.
  2. Masukkan gula dan masak hingga gula larut.
  3. Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
  4. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan Milo. Kacau adunan hingga sebati.
  5. Ambil 1 cawan adunan agar-agar Milo dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 5-7 minit. Jangan sampai terlalu keras.
  7. Baki adunan Milo dipanaskan dengan api kecil supaya tidak mengeras.
  8. Apabila permukaan adunan Milo dalam loyang mengeras sedikit, toreh permukaannya dengan garfu supaya lapisan atasnya mudah melekat.
  9. Tuangkan adunan putih perlahan-lahan.
  10. Kemudian patahkan Oreo kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam adunan tadi. Biarkan lapisan putih pula mengeras. (saya buat 2 layer adunan putih supaya Oreo menjadi 2 lapis).
  11. Akhir sekali tuangkan baki lapisan Milo.
  12. Simpan dalam peti ais sehingga keras sepenuhnya.

Puding Milo OreoPuding Milo OreoPuding Milo OreoPuding Milo OreoPuding Milo Oreo


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top