Mixed Vege Pasta Bolognese

Assalamualaikum… Ada tak yang dah pernah try makan mixed vege pasta? Hari ni saya nak kongsikan resepi mixed vege pasta bolognese yang simple. Pasta ni jenama Eatalian Express. Dah ramai jugak yang cuba pasta ni. Ada jual secara online. Kalau nak order boleh pergi ke Facebook page 'The Pastaholics Shack' atau whatsapp no ni 0139266038/0135917289. Pasta ni best sangat sebab die homemade yang diperbuat daripada sayur-sayuran. Sangat bagus untuk anak-anak yang tak berapa suka makan sayur. Orang dewasa pun ramai yang tak makan sayurkan. Hehe.. Boleh la cuba pasta ni. Tak ada rasa sayur pun. Kalau anak-anak makan confirm tak tahu pasta ni buat daripada sayuran.

Apa yang paling saya suka pasal pasta ni adalah cara nak masaknya. Cuma ambil masa 4-5 minit je nak bagi dia lembut. Tak macam pasta lain yang makan masa lama nak masaknya. So untuk busy mummy memang sesuai sangat la. Kalau anak merengek kelaparan, boleh la rebus pasta ni sekejap. Makan macam tu je pun dah sedap anak. Anak-anak saya suka makan pasta ni macam tu je. Tak payah kuah @ sos pun. Hehe.. Yang paling penting pasta ni tak ada telur, gula dan garam tambahan. So sangat sesuai la untuk anak-anak yang kecik tu. Kadang-kadang dorang ni boring jugak asyik makan nasi je. Macam anak-anak saya la tu. Hehe..

mixed vege pasta

Eatalian Express Pasta ni fresh homemade pasta. By the time kita order, baru dorang akan proses. So kita akan dapat pasta yang fresh. Produk Eatalian Express ni memang sangat bagus dan dorang ada certificate daripada Mardi. Kalau tak percaya boleh tengok gambar kat bawah ni. Lagi pun tak ada artificial colouring dalam pasta ni. Yang nampak colourful pasta ni semua daripada warna sayuran tu sendiri.

Eatalian Express Pasta ni sangat sesuai untuk anak-anak yang susah makan sayur. Bagi anak makan vege pasta ni salah satu cara kreatif la untuk pujuk anak makan sayur tanpa paksaan. Ibu hamil yang ada masalah HB low pun sesuai makan pasta vege ni. Salah satu cara nak naikkan HB ni kena banyak makan sayur-sayuran. Sambil makan sayur tu elok jugak makan pasta vege ni. Sesiapa yang sedang diet dan mencari altenatif selain nasi pun sangat bagus makan pasta vege ni. Pendek kata memang sesuai la untuk semua family sebab pasta ni sangat la banyak khasiat sama macam khasiat sayur-sayuran yang segar.

Kat bawah ni saya share lagi sikit information pasal pasta ni.

OK kalau dah tau pasal pasta ni, jom tengok pula resepi pasta bolognese yang simple ni daripada saya. Hehe.

Bahan-bahan mixed vege pasta bolognese :

  • Eatalian Express mixed vege pasta (rebus 4-5 minit)
  • 1/2 biji bawang besar (didadu)
  • 2 ulas bawang putih (didadu)
  • 50-60 gram ayam cincang
  • Cendawan butang (optional)
  • Sos spaghetti cendawan
  • Air secukupnya
  • Mixed herb
  • Garam
  • Gula
  • Cheese cheddar (optional)

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang besar dan putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam cincang. Kacau sebentar.
  3. Masukkan cendawan. Kacau lagi.
  4. Masukkan sos spaghetti. Tambahkan air secukupnya.
  5. Tambah garam, gula dan mixed herb secukupnya.
  6. Masukkan beberapa keping cheddar cheese mengikut citarasa masing2.
  7. Tuangkan kuah bolognese ke atas pasta yang telah direbus.

Okey ni je resepi simple daripada saya. Again saya nak bagi tau sesiapa yang nak try mixed vege pasta yang sangat sedap dan berkhasiat ni dan nak tahu lebih lanjut pasal Eatalian Express Pasta ni boleh cari di Facebook page 'The Pastaholics Shack” atau whatsapp no 0139266038/0135917289. Share the best ?

mixed vege pastamixed vege pastamixed vege pastamixed vege pastamixed vege pastamixed vege pasta


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply